Perkembangan Aleesya 7 Bulan

Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar Aleesya dah nak masuk 8 bulan. Tapi, MA ketinggalan keretapi sikit. Baru nak cerita pasal perkembangan Aleesya 7 bulan.

Gap umur yang jauh atau memang sebab kami manjakan anak - Aleesya manja sangat! Sama la macam si abang. Manja tiada masalah. Memang anak-anak tempat bermanja kan.

Apa eh perkembangan 7 bulan? Belum merangkak lagi. Tak sabar nak tunggu Aleesya merangkak. Lama dah nampak bontot tu diangkat-angkat. Berbulan! Berat kah? Atau malas kah? Hihihi. Aleesya akan merangkak bila tiba masanya.

Menjulur pun tidak sangat. Cuma rajin berpusing-pusing. Pusing-pusing dan tergolek-golek. Nak capai benda pun sama. Mula-mula pusing, kemudian golek. Sampai la nak ambil barang kan!

Muka adik walaupun ramai yang kata tak menyerupai mama, tapi... memang duplicate Adam masa kecil! Suara pun sama! Hihihi. Untungnya zaman sekarang ni ada video bagai kan! Kalau tak, mama pun lupa betapa seirasnya dua beradik ni.

Disebabkan dua-dua ni muka duplicate masa kecil, tertanya-tanya juga. Nanti adik dah besar ikut muka mama ke papa? Hihihi.... hanya tertanya-tanya. Muka kan berubah. 

Tapi, dah ada Adam yang memang duplicate muka MA, Aleesya nak duplicate muka papa pun tak apa.... hihihihi

4 comments:

  1. Kalau macam tu boleh imagine rupa MA bila tengok Adam la.. tak pernah saya tgk MA masuk gambar kat blog, eh ke ada?

    Perkembangan anak2 tak sama kan? Ada yg cepat bercakap, cepat jalan pun ada.. tak lama lagi tak larat kejar la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahah. ada. entry lama-lama memang ada muka saya. entry baru tak de dah. malu la konon :)

      Tu la.... dok tunggu aleesya merangkak la ni. Boleh kurus agaknya nanti!

      Delete
  2. wahh..kejap je masa berlalu.. lepas nih adam dah boleh berkawan dgn aleesya..:)

    ReplyDelete
  3. adik beradik mana nak tumpahnya muka n suara..ehh ada plak camni.

    relex je biar aleesya take her time..afia merangkak masa 11 bulan ok.angkat bontot mmg dah lama la sama macam aleesya

    ReplyDelete