Makan Buah-Buahan Tempatan

Jumaat lepas, alkisahnya Adam bercerita. Dia makan pisang di sekolah.

" Sedapnya pisanggggg ".

" Berapa biji Adam makan? ".

" Satu sahaja. Adam dapat yang kecil. Friend Adam ambil banyak ".

" Ooooo.... ".

" Adam tak tahu kopek pisang. Friend Adam tolong kopekkan ".

Erkkkk... nampak la sangat kan Adam ni tak makan buah. Adam makan epal je. Ini pun baru mencuba-cuba makan durian.

Alkisahnya anak mama tak tau macam mana nak kopek kulit pisang. Haaaa.... Esoknya, beli pisang sesisir. Adam makan sebiji. Tunjuk cara kopek kulit pisang.

Tetiba teringat kes semasa CNY yang lepas. First time Adam makan limau. Makan kat school juga. Teacher yang kopekkan kulit limau tu. Tapiiiii... macam mana Adam makan? Digigitnya limau tu macam gigit epal. Hahhaha. Lepas tu, teacher ajar Adam cara makan limau. Dimakan seulas-seulas.

Tak sangka sebenarnya yang Adam tak tahu. Maklumlah... kalau membaca ke mengira ke, memang tip top. Bahasa Melayu atau English selalu Adam yang kena bacakan di dalam kelas. Kiranya, jadi contoh pelajar lain.

Jawi dan iqra' kena polish la sikit. Jawi dah pandai eja, tapi menulis sambung-sambung masih belum pandai. Iqra' baru buku ketiga.

Kekadang, benda yang kita anggap remeh pun sebenarnya anak tak tahu. Memang tak sangka Adam tak reti nak makan limau dan pisang! Nampaknya, lepas ni kena rajin beli buah. Bagi Adam tau macam mana nak makan rambutan, duku dan langsat. Kesian pulak anak mama. Nasib baiklah masih tadika. Next mission, beli rambutan!!!

1 comment:

  1. kopek kulit buah tu macam pengetahuan am la kan..klakar pulak bila pisang kawan tolong kopekkan..nasib adam kenal buah pisang.hehe..

    ReplyDelete