Besarnya Pengaruh Upin Dan Ipin

Besarnya pengaruh Upin dan Ipin. Haaaa... ini nak cerita pasal Adam la ni. Aleesya belum minat lagi dengan Upin dan Ipin.

Alhamdulillah,  setakat ni pengaruh yang baik - doa puasa, tau pasal puasa - dulu MA pakai video Upin dan Ipin untuk ajar Adam tentang puasa, terawih dan banyak la lagi.

Sekarang ni, obsession tentang makanan pula. Kami suami isteri suka durian.  Setiap minggu mesti makan durian, walaupun hanya yang dibeli di pasaraya. Wajib. Sedap. Tapi... Adam tak pernah nak cuba rasa. Bau durian pun Adam tak suka. Apa-apa makanan yang ada rasa durian, Adam reject. Tiba-tiba, pada suatu malam...

" Teringin la nak makan durian ".

Wahhhhh.... kenapa la pulak Adam nak makan durian. Alkisahnya... sebab upin dan ipin makan durian.

Sekali Adam makan...

" Sedapnyaaaaaa durian ".

Haaaa... kan dah rugi. Itulah, tak nak cuba.

Selain durian, Adam makan sagun, makan sayur. Yang terbaru... teringin nak makan lemang.

Teringin tahap mengidam. Hari-hari sebut. Sabar ye Adam. Nanti kita cari lemang. Ada kot jual kan?

Memang puas hati la dapat beri anak makan apa yang diidamkan. Seronok.

No comments:

Post a Comment