Perkembangan Aleesya 6 Bulan

 

Aleesya dah nak masuk 7 bulan dah. Tapi entry ni untuk 6 bulan :)

Alhamdulillah, 22 Mac 2014 Aleesya genap 6 bulan. Bersyukur juga kerana 6 bulan pertama Aleesya berjaya disusukan dengan susu ibu sepenuhnya! Gembira! Sebab, untuk menyusu badan sepenuhnya, bukan hanya supply susu yang menjadi penyebab. Ibu kena kuat semangat. Kalau tak, awal-awal dah surrender. Hihihi.

Enam bulan, princess ni memang dah mula rajin angkat bontot. Tapi, nak masuk 7 bulan ni pun masih sama lagi. Tak de la nampak tanda-tanda nak merangkak lagi. Cumanya, ligat la berpusing-pusing. Sedar-sedar berubah kedudukan. Aishhhh...

Ini memaksa kami untuk berpindah tempat tidur. Hihihi. Nasib baik la bilik ni besar. Jadi, tak perlulah bermaustautin di ruang tamu. Empat beranak tidur di bawah sahaja. Katil baby? Jangan harap la Aleesya nak tidur sana. 

Mulut Aleesya juga semakin ramah. Yang best nya, pandainya keluarkan suara manja-manja. Halus dan bersopan-santun. Itu lah bila anti Hajar datang dengan grandmother wan, diorang rasa seronoknya mendengar suara halus Aleesya. Tak macam suara Hanif yang gegak gempita :D

Tapi, itu lakonan semata. Lakonan semasa happy. Cuba semasa nak ditinggalkan sebab nak masak. Mula-mula memang suara halus keluar. Kalau tak dilayan, haaaaa.... sama lah gegak gempita macam Hanif. Ahahhaha.

Di usia 6 bulan juga, Aleesya telah ditukarkan nursery! Yeayyyy! Masuk nursery Adam dulu. Lega. Alhamdulillah.  Memang dulu nak masukkan ke sini, tapi, senantiasa la penuh. Akhirnya ada rezeki kami. 

Next entry kita sambung lagi. Insya allah. Kena rajin menulis ni. Nanti hilang mood kenangan indah membesarkan anak.

4 comments:

  1. Wah..muka Aleesya dah nak macam abang dialah.. moga hubungan mesra nanti dia beradik ni. Bagus tahniah MA, dapat penyusuan ekslusif utk 6 bln.. payah tu.. saya rasa mak yg kuat semangat je boleh buat..

    ReplyDelete
  2. Lebih lurang aus jgkbla si kenit ni ye.

    ReplyDelete
  3. well done sbb aleesya dah fully bf smp 6 bulan.n Insyaallah continue hingga 2 tahun.teruskan smgt MA

    ReplyDelete