Keletah Anak-Anak

Sekarang ni, masa sangat la mahal. Sedar-sedar dah malam. Baru hari Jumaat,  tetiba Ahad dah muncul. Kadang-kadang terasa macam tidak cukup je masa 24 jam yang Allah bagi. Masya Allah... masa tu sama sahaja untuk semua orang. Siapa yang tak cukup masa, kena la adjust mana yang patut. Mungkin rehat terlebih kot :)

Alhamdulillah dengan dua orang penyeri hidup ni. Abang asyik nak main dengan adik. Adik pulak pantang nampak abang, mesti tegur nak ajak main. Tak dapat bayangkan bila Aleesya boleh merangkak nanti. Hiiii.... mesti mengekor aje ke mana Adam pergi. Dua-dua permata hati di dalam fasa bermain. Main aje.... hihihi.

Abang Adam yang tahun depan nak masuk darjah satu pun, hari-hari main. Nasib la dah pandai membaca mengira. Jadi, main la anak. Nak paksa, belum masanya. Itupun sangat bersyukur. Walaupun Adam tak ada nak belajar, dia sentiasa aware kalau ada homework. Homework memang jadi keutamaan. ~ tiba-tiba bersyukur sangat kalau Adam ada homework ;) Tapi, homework jarang ada. Dua bulan, mungkin ada sekali homework teacher beri.

Semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik. Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga. Ameen!

5 comments:

  1. Amin.. semoga kegembiraan dan keceriaan ini berterusan ya..

    ReplyDelete
  2. moga kite diberi keberkatan masa oleh Nya
    Insha Allah..
    seronok layan kerenah anak2 ni kan :)

    ReplyDelete
  3. AMin,masa mmg kejap je skrg kan kak.xsedar masa berlalu.

    ReplyDelete
  4. Alhamduliilah masa bersama anak2 tu lebih berharga..samalah kite,cpt benar rasa masa berlalu..cuti ke kerja masam sama je...

    ReplyDelete
  5. Amin! Bila ada anak-anak yang usia sebegini, memang terasa masa begitu cepat berlalu.

    ReplyDelete