Perkembangan Aleesya 5 Bulan

Alhamdulillah puteri kami diberikan kesihatan yang baik. Syukur sangat-sangat. Pada usia lima bulan ni, aktiviti paling best.... tentulah meniarap. Wahhhh.... bukan setakat meniarap, siap berpusing lagi. Sakan! Tidur memang berkepung la!

Bila dah makin besar, haaa... makin pandai la kan. Paling suka bila semua berkerumun dekat dia. Wahhhh. Mengekek ketawa Aleesya bila diagah. Bila tak diagah, dia pula yang menegur. Peramah! 

Lagi.... main berguling-guling. Haaaa... ini favourite. Memang best. Hisap jari? Masih aktiviti utama. Plus sekarang ni... hisap jari kaki. Adoiii la si comel mama.

Kalau tidur siang, memang tak lena. Mata memang mengintai aje. Mama ada sebelah, dia pejam balik. Mama tak ada, dia menangis cari. Berpusing sambil hulur tangan nak suruh dokong. Aishhhh... memang tak boleh bergerak la mama ni.

Juga.... dah ada preference. Ada teacher yang Aleesya suka, ada yang biasa-biasa dan ada yang mungkin kurang digemari. Tak ada aura. Hahah. Macam mana boleh detect? Masa hantar Aleesya pagi-pagi la. Ada teacher, dia senyum hulur tangan. Ada tu, berpaling. Ada lagi, dia tarik tudung mama. Dan... selari dengan daily report's teacher. Yang Aleesya suka akan report Aleesya happy sepanjang hari. Yang kurang suka, report Aleesya biasa-biasa je. Yang penting, anak sihat dan dijaga rapi =)

2 comments:

  1. lama tak dtg sini..aik adam dah dapat adik ke? hehehe

    ReplyDelete
  2. wah dah 5 bulan aleesya ye...makin ligat nih...

    ReplyDelete