Date Dengan Adam

Bulan lepas date dengan Adam. Bonding time tengok Lego Movie. Dah namanya peminat Lego, haruslah tengok Lego Movie. Owh ya... kali ini kami bukan berdua, kami ditemani Anti dan Hanif. Kiranya, double date la kan :)


Venue - KLCC. Aktiviti ringkas - makan,  movie dan pusing-pusing ke kedai buku. Adam ambil sebuah buku aktiviti Lego Movie.


Kiranya, ini adalah 1st movie untuk Hanif. Memikirkan kami pergi pada hari bekerja, harapannya tentulah panggung kurang orang. Jika penuh pun, kami akan keluar jika Hanif menangis. Rupa-rupanya, Hanif sangat lah baik. Diam sahaja sepanjang movie berlangsung. Saaaayang Hanif! Panggung penuh la juga 3/4. Aishhhh... memasing bawa anak tengok movie. Ambil cuti atau masa bekerja flexi? Atau suri rumah? Seronoknya jika masa sangat flexi kan. 

Hajat di hati mau pusing ke tempat lain pula. Tapi, memandangkan Aleesya mahupun pump tidak dibawa, balik terus selepas itu. Seronoknya bersukaria pada hari bekerja.

4 comments:

  1. Bestkan dapat dating dengan anak. Lagi best bila orang sibuk kerja, kita sibuk berdating dengan superhero. Lama tak pergi menonton wayang dengan anak-anak. Si kecil tu belum pernah bawa lagi masuk panggung. Riuh rasanya panggung tu kalau dia ada. Memang semua cerita pun jadi suspense thriller nanti :)

    ReplyDelete
  2. ada masa date dengan adam,msti adam happy

    ReplyDelete
  3. Bagi saya idea utk gembirakan Naim la.. boleh cuba buat macam ni lain kali.. saya dan Naim je..dia selalu jeles dengan adik yang asyik berkepit je dengan mama.

    ReplyDelete