Permata Hati Kesayangan

Wahhhhh.... lamanya tak ber update kan. Aishhhhh.... kali ni nak cerita pasal dua orang permata hati - si handsome yang masih kurus dan si manis yang makin membesar.

Adam sudah 6 tahun. Alhamdulillah,  homework tadika sudah boleh buat sendiri - baca arahan sendiri dan faham arahan tu. Happy nya rasa! Sesekali di tadika cikgu bising juga jika ada soalan tidak dapat dijawab. Tak kurang juga mendapat tepukan dalam kelas untuk perkara yang baik dilakukan. Double happiness! Bukan apa, kena puji dan dapat tepukan dalam kelas tentunya akan menambah self esteem diri Adam. Keburukannya - ada kawan yang jealous dan tak nak berkawan untuk sehari dua. Budak tadika! Amboiii!!! Macam trend pulak. Siapa yang siap homework,  tak nak kawan. Siapa yang lebih pandai, tak nak kawan. Sampai hati kan.....

 Si kecil ni pula dah 5 bulan! Cepat nya masa berlalu. Makin bijak dan makin pandai. Macam abang dia juga. Tak berapa nak tidur. Mainnnnnn je seharian. Tengah malam baru tidur, siang segar-bugar.

Si kecil masih menyusu badan sepenuhnya.  Alhamdulillah. Masih kuat semangat mama nya nak mengepam setiap hari. Walaupun kadang-kadang malas juga :p Malas sekejap-sekejap tak apa kot. Hihihi. Sedang mem positive kan diri sendiri. Insya allah.

Target Mac ni, membesarkan sikit Adam yang kurus. Tengok gambar bawah ni.... aishhhhhh...... kesian pulak dengan kekurusan Adam.



Owhhh ya... mama Adam ni dah kurus ok. Target kurus telah tercapai. Alhamdulillah. 

6 comments:

  1. Wah.. lama menyepi tiba2 kembali dengan ramping ya.. bagus2. Nape gambar Adam macam malu2 tu? Makan banyak2 sikit ya.. baru banyak tenaga nak belajar dan main...

    ReplyDelete
  2. wah pergi bertapa kuruskan badan rupanya..tahniah dh berjaya kurus..

    lor trendy tak bagus ekk utk budak tadika.kesian adam..adam teruskan rajin belajar,siapkan homework dan makan byk2 supaya sama tembam dengan adik aleesya..:)

    ReplyDelete
  3. Mana Adam tak kurus dia ikut Mamanya diet sama :) Si Aleesya nampak lagi bambam berbanding Abang Adam sekarang ni hah. Kalau posing belakang Aleesya memang tak nampaklah si Adam ni.

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    salam ziarah dari bunda...comey2 heroes tu..

    ReplyDelete