Terkejutnya Abang

Weekend aritu habiskan masa di book store. Lama sangat tak menjenguk. Hajat di hati nak cari organizer yang fancy. Sampai sana, benda lain pulak yang menjadi tarikan. Alhamdulillah,  target 8kg yang nak dibuang hari tu tinggal lagi 3kg untuk dicapai. Tapi, alang-alang, MA target untuk tambah lagi 2kg la. Hihi. Kurus macam zaman dulu-dulu. 

Berbalik kepada tajuk, Adam berkenan dengan biography character cerita star wars. Penuh gambar. Nama setiap character di print dengan font yang besar. Details nya, tulisan halus la.

Excited nya Adam! Berusaha keras dia untuk membaca. Dan... berjaya dengan susah payahnya. Ini buku orang dewasa. Tak ada pecahan suku kata. English pulak tu. Adam pun terkejut.  " Ehhhh! Adam pandai baca la! ".

Kelakar ada, geram pun ada. " Kan dah belajar, memang la pandai! ". Al-kisahnya Adam ni kurang self-confidence nak membaca. By default,  semuanya dia tak tahu. Terpaksa la pujuk suruh cuba. 

Kejutan Adam boleh membaca, semalam dah kurang la Adam nak bertanya pasal cerita apa. Dia baca sendiri pada skrin tv. Aishhhh... nasib baik la beli buku tu. Sekurang-kurangnya, ia menjadi satu sebab atau punca keyakinan diri Adam meningkat. Syukur! Kalau tidak, dia cuma boleh baca buku budak-budak sahaja. Yang tulisan besar,  ada suku kata. Itupun, sikit-sikit nak tanya " Betul ke ma? ". Syukur Alhamdulillah! 

4 comments:

  1. Wah.. tahniah.. pandai Adam baca.. blm masuk sekolah dah pandai baca buku cerita, membanggakan ni

    ReplyDelete
  2. Baca gagap2. Asal boleh sebut, ok la =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Adam dah berani membaca tanpa banyak tanya pada Mamanya. Ada baiknya dia jumpa buku tersebut.

    ReplyDelete
  4. ada hikmah jumpa buku gambar star wars,pandai abg adam baca!

    ReplyDelete