Seronoknya Dengan Abang


Perjalanan pergi dan balik kerja sekarang berbeza. Selalunya dating berdua saja dengan Adam untuk pergi dan balik kerja. Dalam kereta, macam-macam aktiviti boleh dibuat. Menyanyi, tengok cd, main teka-teki. Kadang-kadang, sekadar berborak kosong dengan Adam. Time ni la nak jadi spy - menu apa makan di sekolah, teacher ajar apa, buat apa. Sesuai la korek di dalam kereta.

Sekarang dating bertiga. Seronoknya bila bertiga ni, mama ada assistance yang rajin melayan adiknya. Kejap menyanyi, kejap berjoget. Yang adik pula peramah. Macam-macam bunyi keluar dari mulut. Kadang tergelak juga dengan telatah si abang. Haaa... adik pun dah pandai nak main tau!

Cuma, bila sesekali traffic tak menentu, pening la juga. Sekali lagi bersyukur dengan assistance yang sorang ni. Nak kena beli something buat upah ni =)

4 comments:

  1. Untungnya Abang Adam banyak membantu. Inilah baru abang yang bagus :D Kalau macam ni punya assistant, memang kenalah upah sekali-sekala.

    ReplyDelete
  2. Situasi yg saya tak pernah alami. Anak2 belajar n tgl di nursery yg dekat dg rumah jadi saya balik kerja sorang je. Risaukan kesesakan akan buat a ak2 mengamuk dlm kereta.. mujur Adam good boy...takla MA risau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... paling pening jika masa jem tu, adam nak ke toilet. Huhuhu...

      Delete