Persiapan Aleesya Ke Nursery

Persiapan Aleesya ke nursery. Yang utamanya, tentulah susu! Yang lain, biasa sahaja - baju, towel mandi, towel muka, toiletries, pampers.


Nervous la nak hantar Aleesya ke nursery. Ok ke teacher handle? 

So, Aleesya officially dah ke nursery semalam. Bekalan ebm la yang terpenting. Mama bekalkan 3oz x 5 botol. Semalam, Aleesya minum habis 3 botol. Botol ke empat dibuang kerana ia adalah defrost ebm. Botol kelima selamat - fresh ebm yang di pump sebelum bersiap nak pergi kerja. Fresh ebm mama letak di botol pertama dan kelima. Kalau memang Aleesya minum hanya 3 botol, lepas ni, botol keempat dan kelima kena bagi fresh ebm, atau mama bagi 4 botol sahaja untuk nursery? Botol keempat la fresh? Lama tak ada anak kecil dan dulu kais pagi makan pagi, konfius juga. Ada mommy boleh bantu?

Haaa... sampai 4 ice pack tau. 3 untuk isi dalam cooler bag Aleesya, 1 untuk mama bawa ke ofis. Over mama dia! 


Pastu, nota untuk teacher pun ada. Teacher tolong handle with care ok? Tq teacher.


2 comments:

  1. bagus ni....bg surat panduan utk cikgu2.. semoga cikgu layan Aleesya dengan baik dan Aleesya pun selesa dengan jagaan cikgu... mama tu ada bawa pam tak? seminggu ni pasti rasa bengkak je.... saya pun semalam, rasa tak sabar nak balik rumah, pam dah lama tak bawa...rupanya bila cuti lama, bengkak juga susu..

    ReplyDelete
  2. Biasalah mak-mak memang nervous selalu. Kalau saya ni, tak tahulah macam-macam saya bekalkan walaupun anak kecil aje. Bagus juga bagi love letter kat teacher. Senang untuk dibuat panduan.

    ReplyDelete