Perkembangan Aleesya 4 Bulan


Ya Allah. Cepatnya masa berlalu. Sudah empat bulan dah princess kami. Empat bulan ni, belum timbang lagi. Nanti mama timbang ok. Tapi, lihat pada fizikal, dah tak nampak dagu runcing. Hidung mancung pun tak ada. Nampak dua biji pau gebu aje - pipi yang membulat.

Feel nya lain bila dapat princess. Bak kata anti, " Duduk rumah pun pakai comel-comel?  ". Haruslah. Baru terserlah kecomelan Aleesya. Hahahah.

So, apa si baby ni dah pandai eh? Meniarap belum lagi! Walaupun dah tersembam, tangan dia masih belum lepas. Menjerit la jawapnya =)

Aleesya makin pandai. Dia tau dah kalau kita nak keluar berjalan. Kaki tangan mulut sama rancak. Terkapai-kapai nak suruh angkat. Bila tiba Isnin je, mesti teacher kata Aleesya tak nak duduk bawah. Maaf lah teacher. Bila weekend,  sama ada di atas riba atau di dalam stroller. Hihihi.

Selain suka tengok abang, Aleesya suka tengok tv. Yang bestnya, multi-tasking. Sambil nak menyusu, sambil nak tengok tv. Haaa... macam mana tu?

Errr... ni hobby baru. Dulu takat hisap jari je kan? Sekarang ni, kerjanya menjolok anak tekak. So, kalau weekend tu, dapatlah mandi muntah susu dua kali sehari. Dijolok dalam-dalam tu. Haaaiii la tangan. Kalau mama bedung, gamat lah satu kawasan kot dengan suara dia.

Alhamdulillah. Setakat ni kesihatan Aleesya ok. Cuma demam sehari akibat cucuk. Sesekali hidung berair juga. Cepat-cepat mama makan vitamin C.  Sebab menyusu badan, mungkin mudah sikit. Nampak gaya, Aleesya lebih lasak berbanding abang. Minggu lepas, bila membuang keluarnya sikit-sikit. Sayang juga tak sampai 5 minit pakai pampers kena tukarkan yang lain. Lepas dua tiga hari, baru terfikir, kena beli pampers murah sikit. Dannn... yessss!!! Nampaknya Aleesya tak de kena ruam lampin. Hoooray! Memang berbeza nampaknya dua beradik ni. Abang memang high maintenance. Adik pulak nampaknya lasak sikit kulitnya. Syukur Alhamdulillah. 

Ini namanya rezeki daripada Allah - kesihatan yang baik. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat tuhan dan diberkati sentiasa.

7 comments:

  1. kejap je dah 4 bulan kan sis. baby saya pun dah 6 bulan skang ni. sedih je nak tinggalkan dia bila g kerja. sayu je hati..

    ReplyDelete
  2. Ololo tembam sungguh pipi aleesya...comey sangat ni...auntie cubit pipi sikitla...

    ReplyDelete
  3. eyyy geramm tgkkk pipi aleesya.... bambam hehehe...

    ReplyDelete
  4. cuby nya.
    bila dah start meniarap..nak merangkak..kurus lah..

    ReplyDelete
  5. dah start meniarap nti tak bley lepa la kan.cptnya aleesya dh 4 bulan..sama macam afia suka tgok tv,skang dh melasak tak heran pun dengan tv dah..

    girl mesti kena comel ye..kt rumah pun pakai gaun..hehe

    ReplyDelete
  6. gegurl .haruslah sentiasa comel coeml even though kt umah je .hehe btw ,nice blog .follow here :)

    ReplyDelete