Gelagat Budak Nak Kena Cucuk


Ini la gelagat Aleesya pada hari Selasa lepas. Gelagat semasa nak dicucuk tiga bulan. Bangun tidur je, terus happy. Mandi-mandi dan main. Ingat nak pergi berjalan kot :p

Rupa-rupanya, hospital la destinasi kami. Amboiii... terserempak dengan doktor yang menyambut kelahiran Aleesya dulu. Katanya " Tingginya Aleesya ". Memang la tinggi berbanding lahir hari tu. Dan berisi.

Nampak gambar di atas? Aleesya busy main dengan tali topi dia. Pegang-pegang, tarik-tarik, masuk mulut. Seronok nya dia.

Penat main, tak lama kemudian inilah aksi Aleesya.


Tertidur sekejap. Kejap je sebelum ditolak masuk ke bilik doktor.


Dalam bilik doktor, Aleesya tegur-tegur dan senyum pada doktor sebelum akhirnya meraung di cucuk.

Berat : 6.45kg
Tinggi : 58cm

3 comments:

  1. Wah... rilex je sambil senyum si Aleesya ni.. bagus dia.. macam nazifla.. mmg ok masa kena cucuk..

    ReplyDelete
  2. adoi geramnya tgok aleesya bambam..berat dh 6kg lebih..baik di sempat lagi tido sebelum masuk bilik doktor

    ReplyDelete
  3. Mesti Aleesya tak terfikir yang dia nak kena cucuk tu. Janji siap pakai baju cantik nak keluar jalan-jalan. Nasib baik lepas cucuk tak demam, ya.

    ReplyDelete