Cara Urus EBM Ke Nursery

Hari ini genap seminggu Aleesya di nursery. Dua hari Aleesya dibekalkan dengan 5 botol EBM - 4 frozen yang telah di defrost kan, dan 1 fresh EBM. Hari berikutnya,  Aleesya dibekalkan 4 botol EBM - 3 frozen dan 1 fresh. Setiap botol tu mengandungi 3oz. 

Tapi, bila fikir-fikir balik, patutnya bagi la 2 botol fresh EBM kan untuk anak. Yang botol first dan botol last. Itulah rancangan awalnya. Tapi, pagi-pagi, Aleesya dah menyusu siap-siap sebelum dihantar ke nursery. 

Ok lah. Start dari esok, nak bagi sekurang-kurangnya 2 botol fresh EBM. Setakat ini, rasanya memang frozen EBM cukup sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan pertama Aleesya. Atau seeloknya bagi 3 fresh dan 1 frozen? Nanti MA update lagi. Kena giat kan usaha la untuk kesihatan optimum anak. Fresh EBM jauh lebih baik dari frozen EBM dari segi kandungan khasiat, antibodi dan enzim. 

Sambil taip sambil fikir ni. Ok lah... decision has been made - starting from tomorrow, 3 fresh EBM dan 1 frozen. Just untuk gerakkan stock! Ke macam mana?


5 comments:

  1. kalo sue buat untuk izz, fresh ebm yg first n yang last,....

    ReplyDelete
  2. ok tu MA,klu dpt tambah yg fresh lagi bagus..sy setiap hari bagi yg fresh,paling koman chiller..yg frozen guna waktu kecemasan je.bila fikir balik mmg syg dah byk sgt buang frozen ebm, tp Alhamdulilah yg fresh tu lagi bagus...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah banyak buang sebenarnya. Sebab, awal2 plastik ada terjatuh frozen ebm tu. Jadi plastic nya bocor bila di taw. Tong sampahkan. Ada dah la 12 paket. Hurmmm.

      Nasib baik masih 3oz sebotol. Jadi, boleh la yang pump hari ini bagi esoknya.

      Moga terus rajin memerah!

      Delete
  3. Meriah susu ...alhamdulillah murah rezki Aleesya nampaknya... siap mama dia ada buang susu lagi.. moga rajin lagi ya lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang nak buang... tapi dah bocor, buang lah. Huuu

      Delete