Bila La Aleesya Nak Jatuh Ni


Gambar ni diambil ngam-ngam masa Aleesya genap 3 bulan. Masa Aleesya tiga bulan ni dah senget-senget nak meniarap. Tertunggu-tunggu juga, bilanya nak jatuh meniarap ni. Hihihihi. 

Excited sebenarnya.  Tak dapat bayangkan Aleesya dah meniarap. Belum meniarap pun dah boleh berpusing 90 darjah. Berpaling kejap aje dah berubah tempat baringnya. Kalau dah meniarap? Hihihihi. 

Jeling-jeling juga carpet dekat hall tu. Lama dah tak hantar cuci. Maklum aje la nanti anak nak menjulur bagai. Eh.... memang excited la rasanya. 

Anak pulak dah pandai main. Wahhhh... syok ooo ada anak kecik =) Tertunggu-tunggu apa skill baru yang dia akan dapat buat.

3 comments:

  1. bergaya sungguh cara dia mengiring,tak lama lgi jatuh la tu

    ReplyDelete
  2. Kena capture every moment, kan. Memang best waktu cam ni :) Tak lama lagi dapatlah Mami tengok Aleesyaa meniarap and so on... memang tak menang tangan :)

    ReplyDelete
  3. ai Aleesya.. mama dia dah jarang update blog.. bz ke? saya pun mula rasa tak cukup masa, agaknya kena slow2 buat entry agaknya..

    ReplyDelete