Bestnya Jadi Aleesya

Adam tiba-tiba nak jadi baby semula. " Bestnya jadi Aleesya. Semua benda orang buatkan ". Haaa... luahan hati Adam tu.

Nak tau apa kes? Kisahnya macam ni. Si adik ni, pagi-pagi dah dimandikan. Hari minggu kan... hari minggu, kena mandi awal. Nak keluar berjalan kan. Hari kerja, angkut je masuk dalam kereta. Cuma tukarkan pampers. Hihihihi. 

Alkisahnya Adam bangun tidur terus nak main. Tak sempat nak mandi dulu ni. Aishhh... dah abang luahkan isi hati macam tu,  letak la sekejap adiknya. Bukakan baju, mandi, lap. Suruh pakai baju sendiri. Sayu aje mukanya :)

Terpaksa la cerita. Tunjuk mainan abang. Adik tak ada. Abang makan macam-macam, adik tak dapat. Abang melompat lari sini sana, adik terlentang aje. Apa-apa jadi, abang boleh lari. Adik kena tunggu bantuan sapa-sapa untuk angkat.

" Tak best la jadi adik. Jadi abang lagi best! ".

Haaa... pulih balik la si abang. Lega. 

" Adik tak sabar-sabar nak besar. Nak kejar abang ".

" Ye la. Nanti, boleh main dengan abang ".

Kerenah budak-budak...


3 comments:

  1. mcm2 hal kan..hehehe
    sis, birthday adam sama dgn birthday baby saya yg baru ni la..
    14.07.13 ^_^

    ReplyDelete
  2. dia teringin sangat jadi adik anjer2 kan...dia cam jealous ngan adiknyer tuh...
    dengan bebudak nih kita memang kena pandai saiko diakan...

    ReplyDelete