Aksi Abang


Adegan sebelum naik kerja. Menyelesaikan urusan-urusan peribadi. Sambil tu bawa dua beradik keluar breakfast. 

Adam ni ada satu habit. Kalau sedap, mulut kecoh " Sedapnya! Sedapnya!  ". Kalau lapar, " Lapar! Nak makan! ". Kuat pulak suaranya. Haiii... tadi ajak makan, tak nak. Bila dia dah lapar... Padahal memang nak pergi makan la ni. Gelagat budak-budak. 

Seperti biasa, Adam suka posing. Tapi kali ni pelik sikit. Suruh mama ambil gambar,  tapi Adam menyorok. Kasi nampak sikit-sikit aje dia di celah adik.

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati. 

Ceria sakan la bergambar lepas makan. Orang baru nak penuh dekat mall, kita nak balik dah. Leganya selesai segala urusan =)

1 comment:

  1. Adam main cak-cak ya... Bestkan kalau masuk mall, kita dah settled segala urusan tapi orang lain baru aje sampai nak berasak-asak kat mall. Saya pun suka juga terpacak kat shopping mall bila masa operasi baru nak bermula. Seronok, tak ramai orang.

    ReplyDelete