Orientasi Sekolah Agama


Orientasi sekolah agama berjalan. Nak kata orientasi, bukan juga. Parents datang membayar yuran dan membeli buku teks. Anak-anak pula dimasukkan ke kelas untuk ujian penempatan.


Dan... semuanya dalam tulisan jawi. Hohoho! Apa khabar la anak bujang mama? Kalau tulisan rumi, mama tak kisah. Insya Allah anak mama boleh buat. 

Penting ke ujian penempatan? Ye. Sangat penting. Supaya guru- guru tahu apa yang perlu ditekankan di dalam sesuatu kelas. Senang, untuk kepentingan cikgu dan anak murid.

Si Manis Berikat Dua

Dah lama tak jamu gambar anak-anak comel kan? Hari ni, datang mood lebih sikit. Kesian anak-anak manja, mama jarang update blog. Takut hilang kenangan di telan zaman. Hihihi.

Princess comel mama kurang gemar duduk di atas stroller. Lebih seronok duduk di dalam troli atau di dukung sahaja. Tapi, kami memang akan membawa stroller. Just in case baby nak tidur. Lebih selesa daripada di dukung.

Al-kisahnya, kini stroller ni dikongsi dengan Adam. Hari yang penat, berjalan dari pagi, dan Adam yang keletihan. Papa offer Adam duduk di dalam stroller. Mulanya, Adam tak nak la. Malu! Dah besar!

Kami yakinkan Adam, tak salah duduk di atas stroller. Dan... hihihi... Adam duduk di atas stroller setelah bertahun-tahun ditinggalkan ;p

Si princess comel ni pula, mama pun dah tak larat nak dukung. Wahhh!!! Bukan main happy di atas pangkuan abang. 






Rilex la sedikit mama ;)

Gambar yang ni mama suka! Cuma sayang sebab muka abang tertutup!





Berbaloi-baloi beli stroller ni. Bertahun berjasa. Dari Adam sampai Aleesya. Alhamdulillah.

Breakfast Date Dengan Papa



Amboi! Adam ada breakfast date dengan papa. Aishhh... mama dan Aleesya? Haaa... alkisahnya macam ni. 

Mama kena ke office awal. Jadi Aleesya dihantar awal ke nursery. Adam pula? Adam breakfast dengan papa dia!

Amboi!!! Seronok juga jadi Adam ni. Selain daripada dapat date tengok movie dengan mama, dapat juga breakfast date dengan papa. Adik? Tunggu adik besar ye sayang ;P

Roti canai dan telur separuh masak sebelum ke tadika. Yummehhh!

Aleesya Berjalan!

Aleesya dah berjalan! Bila? Bulan lepas lagi dah berjalan, tapi... Beberapa tapak dan jatuh. Bangun dan jatuh semula. Sekarang? Hihihi. Pada usia 15 bulan, boleh di announce ... Aleesya dah berjalan. Self confidence lebih sikit, walaupun baru berjalan, dah ada hati nak berlari.

Owh... Aleesya dah berlari. Kita yang risau. Risau Aleesya jatuh. Maklumlah... Budak baru je berjalan.

Bercakap? Masih sama. Sedikit-sedikit sahaja.

Memanjat dan terjun? Memang hobi sejak dulu!

Apa lagi ye? Macam-macam akal si Aleesya. Makan? Semua boleh. Tapi... Berebut la nak menyuapkan dia. Aleesya nak makan sendiri. Seeloknya, biar je Aleesya makan sendiri. Nanti, senang. Ke mana-mana dia makan sendiri dengan tertib. Haaa... Itulah Adam dulu. Tapi... Memula, mamanya kena la redha dengan kesepahan yang berlaku. Dan... Malangnya, belum nak redha. Jadi, mama la suapkan Aleesya makan.

Bila makan biskut, berlumba-luma nak menyuap. Aleesya suap ke mulut sendiri dan suap juga ke mulut mama. Huuuuiiii... Mana tak naik berat <- alasan untuk makan banyak!

Next time mama update cerita betul-betul ye. Mama bukan tak ada masa, insya Allah sentiasa boleh cari masa untuk hobi yang digemari. Cuma mood menulis hilang. Hihihi

Adam Berjimba Di Berjaya Times Square Theme Park


Adam berjimba di Berjaya Times Square Theme Park. Adam sahaja? Di mana Aleesya? Haaaa... Aleesya pergi school la. Adam di kipnap geng-gengnya untuk bersuka-ria bersama.



Amboi Adam! Bestnya berjalan! Sempena cuti sekolah kan, jadinya Adam berjalan sakan. Walaupun hanya dekat-dekat sekitar rumah je :)

Layankan gambar!


Haaa...  nak ceritakan detail, mama tak ada kat situ.


Haaa... dekat sini rasanya diorang dapat patung panda. Mereka sepakat hadiahkan panda tu kepada Aleesya. Hihihi. Suka la Aleesya. Bertambah lagi koleksi patungnya!

Kata Adam, yang paling best adalah main bumper car. Hihihi. Ye la... mesti seronok kan! Berkejaran dan berlanggaran :)

Penat main, isi perut pula!


Aleesya Pada Usia 14 Bulan

Princess comel kami telah genap 14 bulan. Horay!!! Semakin bijak dan banyak akal. Telatah Aleesya memang mencuit hati. Benarlah, walau seibu sebapa, lain anak, lain karektor dan perwatakannya.

Dah pandai apa pada usia 14 bulan? Hurm... Masih belum berjalan dan bercakap.

Tapi, akal sudah panjang. Sudah semakin cerdik dan lasak. Berbeza dengan karektor Adam yang sangat mengikut cakap, di suruh duduk, Adam duduk. Di suruh berdiri, Adam berdiri.

Princess comel ada keinginan sendiri. Lasak memanjat ke sana ke sini. Bangga dengan apa yang dia dapat buat. Nampak sangat Aleesya puas apabila dapat memanjat etc.

Di meja makan, Aleesya suka berdiri dan memanjat high chair nya. Sesuatu yang Adam tak pernah buat. Berbeza sungguh character. Rasa nak gelak, rasa kelakar, rasa gembira bila tengok Aleesya tersenyum bangga dengan pencapaiannya :)

Si comel yang genit ni, nampak gaya makin bulat. Makan semuanya sedap. Hihihi. Pantang nampak makanan :)

Comelnya Kucing

Lama tak menulis di sini. Hihihihi. Kali ini nak update lukisan Adam. Disebabkan lama tak meng update blog, maka... gambarnya pun gambar lama. Lama tak lama, awal November la juga.

Tajuknya, " Comelnya Kucing ". Wajib update untuk kenangan di masa depan. Taraaaa....



Lukisan kucing by Adam. Hihihi. Comel-comel la lukisan Adam. Lately Adam memang suka lukis binatang. Macam-macam binatang dah Adam lukis. Sweet sangat la kucing ni.


Gambar ni menceriakan hidup mama :)

Pesta Haloween

Trick or treat? Biasanya, haloween penuh dengab pumpkin je kan? Atau pun patung-patung ber costume. Kali ini, haaa... bukan costume! Tapi ada live show!


Nampak tak ketakutan pada wajah Adam? Mama pun berdebar juga. 



Bukan setakat patung ber costume yang ada di sini, zombie dan hantu hidup pun penuh berkeliaran di sini. Disokong dengan sound effect yang menyeramkan, memang meremang bulu roma.



Wahhhh!!! Mama ajak Adam naik train ni. Tapi, Adam tak nak. Cadangnya, mama nak naik bersama Adam dan Aleesya. 


Train ni tak panjang sangat. Tapi, tengok lah siapa drive train tu?


Train ni akan masuk ke dalam gua. Apa lah yang ada di dalam gua tu kan? Sebab, mama perhatikan budak-budak tutup telinga dan dipeluk ibu masing-masing sebaik sahaja keluar dari gua tersebut.


Haaaa.... nampak tak budak lelaki dalam gambar ni? Di gerabak akhir sorang-sorang. Macho nya! Tak takut pun.



Haaaa... ada face painting tau! Yang ini mama tak teringin nak tengok Adam buat. Tak ada feel langsung. Tapi, kalau Adam nak try, mama tak halang.

Ohoooo... masa mula-mula sampai, mama tak nampak ada ramai zombie. Tiba-tiba, kami terdengar Adam menjerit " Lari pa! Lari! Lari!!!!!".

Tau apa jadi? Seekor zombie sedang datang ke arah Adam dan papa dengan memegang kapak. Zombie tu tergamam sebab Adam ketakutan. Terhenti sekejap sebelum meneruskan perjalanan menghampiri Adam. Adam pun lari! Sambil minta bantuan papa untuk melakukan sesuatu. Nampak Adam yang ketakutan, zombie tu terus terhenti dan gelak. Haaaaahahaha!

Papa baca doa dan hembus kepada zombie - bantuan yang Adam minta tadi. Selepas dihembus, baru Adam lega sedikit.



Hihihi. Inilah kisah haloween kami. Mama dan adik nak bergambar dengan costume pun tak diberi. Nasib baik la Adam tak mengigau malamnya!

Sayangnya tak dapat ambil gambar banyak-banyak. Adam takut. Kami terpaksa beredar ;)

Syoknya Adik!


Wahhh... ini skill baru ni. Memang baru! Apa skill nya? Haaa... memanjat? Ermmm... ye la kot. Memanjat di cermin pada aras yang tinggi. Kalau mama, hohoho gayat!


Nampak gaya Aleesya selamba je. Ishhhh... mama yang ngeri.

Selamba je adik.


Sementara adik berseronok, abang melayan perasaan sambil menunggu makanan. Hihihi.

Seronoknya makan! Apa jadi selepas makan?
.
.
.
.
.


Hohoho! Ini tempat makan favourite kami :)

Lembing Merah Menyala


Lembing ni belinya selepas sport's day 2014 tadika Adam hari tu. Dua bulan dah berlalu. Selepas separuh hari bersukan, kami jalan-jalan dan makan-makan. Sampai di satu kedai, Adam terberkenan dengan sesuatu. Apa tu? Lembing!



Senyum je sales girl kat kedai bila Adam beli lembing ni. Macam-macam bentuk ada. Ini semua untuk haloween la agaknya.

Macam mana bawa lembing di mall? Pegang je la. Cuma masa ke supermarket, boleh la letak dalam troli. Bersama dua beradik.

Macam mana Adam main di rumah? Haaa.... Adam main jauh-jauh. Itu pun, bukan boleh beraksi sangat. Takut terkena pasu ke apa. Terkena Aleesya? Insya Allah tidak. Setakat ini, Adam mendengar kata. Main hanya apabila adik tiada berdekatan.

Baby Genit


Ini gambar bulan September 2014. Nampak tembam kan Aleesya ni. Kadang pandang macam debab. Kadang nampak kurus. Kadang macam kecil je. Haaaa... 

Itu realitinya. Saudara-mara jauh pun terkejut melihat Aleesya. Tengok dalam gambar, masing-masing menjangkakan Aleesya ni besar. Ada yang menghadiahkan baju. Memang besar la. Nasib baik besar, boleh la mama simpan dulu. Kalau kecil, bukan rezeki Aleesya la jawabnya.

Bila berdepan, " Kecil aje budak nya! ". Hihihihi. Pernah ke mama kata Aleesya ni besar? Tak pernah rasanya. Sekarang Aleesya 13 bulan. Beratnya baru 7.5kg. Haaa... genit aje si baby ni. Mungkin angle ambil gambar yang nampak besar? Mungkinkah?

Suasana Bising Tidak Mengganggu


Lena Aleesya tidur. Mengantuk sangat dah. Suasana di sini bising. Gamat yang amat. Memang bukan tempat untuk baby. 

Bawa Adam main game. Tempat game memang bising kan. Sekejap je mama duduk dengan Aleesya di sini. Kemudian, mama tolak la stroller jalan-jalan. Kesian pula dengan keriuhan yang ada. 

Pusing-pusing, balik semula ke tempat yang sama. Menunggu Adam dan papa. Puas hati Adam. Senyum manis!

Sekarang, masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk makan. Hihihi. 

Breakfast Hari Minggu

Hari kerja ke hari minggu ke, mata celik pada waktu yang sama. Bezanya, hari kerja kena bergegas menyiapkan itu dan ini. Hari minggu, boleh berangan-angan dulu sebelum bangkit. 

Tapi hari ini, Adam pun bangun awal. Hurmmm... Aleesya baru sahaja melelapkan mata setelah kenyang. Maksudnya, lambat lagilah Aleesya akan bangun. 

Terfikir apa nak makan. Hihihi. Jangan tanya kenapa awal sangat nak memasak di hari minggu. Awal pagi maksudnya, si manja belum bangun. Kalau si manja tu dah bangun, alamatnya... lambat la nak bersarapan. Silap-silap, kejut sahaja papa dan ajak breakfast di luar.

Lagipun... co chef dah bangun. Hahahahha. Menu pagi ini, nasi goreng daging. Dimakan dengan sambal cili dan keropok goreng. Halia , bawang merah dan bawang putih untuk perap daging Adam tumbuk. Untuk menumis nasi pun, Adam tumbuk. Dah Adam rajin nak menolong kan... kena la support. Kerja Adam : menumbuk, menumis dan tolong kacau-kacau. Masa masukkan lauk boleh la Adam tolong kacaukan. Tapi, bila dah dimasukkan nasi, mama kasi Adam tolong sikit-sikit je. Takut tumpah.

Masa nak menggoreng keropok, Adam tak tolong la. Minyak banyak. Bahaya. Hihihi.

Hasilnya, jam 7 pagi kami siap mandi dan breakfast. Adam? Of course bangga dengan masakannya!

Cubaan Berdiri 123

Aleesya mencuba berdiri! Yeayyyy!!! Ahaaa... macam dah lama sangat Aleesya asyik meniti-niti sahaja. Memanjat dan terjun! Tapi, belum berdiri sendiri. Mungkin tak konfiden lagi. Mama pun tak ada nak melatih Aleesya bertatih. Di rumah, Aleesya main toys. Ke sana ke sini, merangkak aje la.

Walker? Tidak. Kenapa? Saja. Untuk Adam dulu dipakaikan walker. Tapi untuk Aleesya, tak apalah. Bebaslah bergerak ke sana ke sini ye baby. Cuma, penat la sikit nak mengutipnya. Hihihi.

Hoorayyyyy! Aleesya cuba untuk berdiri sendiri. Hihihi. 123. Jatuh. Yeay! Aleesya dah berani untuk berdiri. Nampak gaya, lepas ni kita exercise la. Meh la mama tatihkan adik. Nak dibelikan prewalker toys time ni, macam dah terlambat. Tak taulah kalau mama berubah fikiran! Ahaaaa! Rasanya tidak. Kita buat manual ye. Exercise adik dan mama sekali.

Adam tidur awal kerana keletihan akibat alergi dan bengkak mata. Jadi, Adam belum lagi tengok Aleesya yang beria-ia mencuba. Mesti Adam happy!

Semakin Yakin

Adam semakin yakin nak melukis. Yeay! Adam ni, gemar membaca dan mengira. Memang suka. Seronok katanya. Tapi, bab melukis mewarna, jarang la nak buat. Kalau buat pun, hmmm... macam nak cepat siap je. Tak ada soul. Hihihi.

Kata Adam, bukan dia tak suka melukis. Tapi, Adam tak pandai melukis. Nak diajar pun, macam awal-awal dah set dalam kepala tak pandai. Jadi, belum belajar dah reject!

Tapi, nampaknya dah ada improvement. Ini lukisan dalam minggu ini. Hari yang berbeza. Mulanya lukisan ini. Mono colour. Hanya warna favourite Adam digunakan : hijau.


Owhhhh... nampak tak watak pelakon tambahan yang comel tu? Aleesya memang kerjanya mengekor Adam. Di mana ad├Ča Adam, ada lah Aleesya kat tepi-tepi. Bergantungan je di mana abang berada.

Kami suruh Adam gunakan warna yang ada. Hasilnya... mestilah lebih cantik.


Dannnn.... ini yang terbaru. Wahhhh cantik!!! Suka dengan gambar obor-obor tu. Comel. Nampak gaya Adam dah konfiden melukis sendiri!


Kenapa happy sangat? Sebabnya, jika nak membaca atau mengira, Adam buat senyap-senyap je. Tau-tau datang suruh semak. Tapi... kalau nak melukis, Adam mesti suruh ajar. Alasan : tak tahu nak melukis. Nak diajar pun, mama tak reti melukis. Cuma boleh suggest sikit-sikit. Tapi semua lukisan ni, Adam lukis sendiri senyap-senyap. So happy! 

Adam Yang Rajin Mengemas

Adam rajin mengemas. Adam kemas barang sendiri. Semasa bermain, semua dipunggah. Selesai main, dikemas dan disusun semula. Senang! Sejak ada adik kecil ni, barang permainan bersepah-sepah. Aleesya main dan sepahkan. Tentunya tak reti kemas balik. Ngeee~~~

Selagi Aleesya tak tidur, cubalah kemaskan permainan dia. Aleesya akan sepahkan kembali. Rasanya normal la macam ni. Selalu juga minta tolong Adam kemaskan. Selalu jugalah Adam surrender. Penat katanya. Nanti Aleesya sepahkan balik.

Nak pujuk Adam, mama ceritakan masa Adam kecil dulu. Adam pun sama. Sepahkan barang permainan. Masa baby, Adam pun tak pandai kemaskan barang sendiri. Setiap kali dikemas, tiap kali itulah disepahkan kembali. Tapi mama kemas juga untuk ajar Adam. Lama-lama Adam dah terbiasa. Adam kemas semua permainan selesai bermain.

Sama juga apabila kami membuat aktiviti craft. Rumah akan ada potongan cebisan kertas, ada gam dan macam-macam lagi. Tapi, selesai beraktiviti, semuanya kembali normal. Tq Adam. Lega rasanya.

Harap-harap Adam boleh tolong mama. Kita sama-sama train Aleesya supaya kemas sendiri permainan selepas bermain. Kalau tidak, memang penuh la di atas carpet dengan taburan permainan Aleesya. Itu belum masuk buku atau kad yang bertaburan di atas lantai apabila Aleesya mula mengemas.

Pstttt... Adam dah boleh diharap untuk mengvacum. Bersih tau Adam buat. Dan... dah 3 hari, Adam tolong mama menyapu ;p Yeayyyyy!!!

Satu Geng Besar Bersama



Zaman budak-budak. Macam baby juga. Happy. Siang malam gembira je. Bila moody sikit, mungkin la tak sihat.

Kalau seorang pun bermain, bayangkan bila ada berdua. Walau beza umur agak jauh, tetap boleh bermain bersama dengan gembira. Itu yang jarak umur jauh. Bayangkan pula jika ada satu geng yang lebih kurang sebaya. Kalau tak sebaya pada umur, sebaya pada saiz badan :p

Huiiii... berganda la keriuhan dan kegembiraannya!




Nampak budak-budak ni? Dekat halaman rumah boleh main bola. Seronok! Teringat masa diorang kecil. Tok ma haramkan bola. Punya kreatif nak main bola, mereka gumpal surat khabar banyak-banyak dan bentukkan bulat. Daripada tak ada langsung, dapat main bola kertas pun jadi lah!

Amboi Adik Mengunyah Sticker!

Benda yang sentiasa ada di rumah ni adalah stok kertas, felt dan foam yang berwarna-warni, sand art dan sticker! Ini benda yang basic wajib ada di rumah. Sebab, ini benda yang Adam suka. Banyak rasanya entri pasal sand art dan sticker di dalam blog ;)

Adam ada buku sticker sendiri. Selain menampal di buku stickernya, Adam tak ada la menempek sticker di mana-mana. Tidak sejak ecil hinggalah ke usia 6 tahun! Umur 6 tahun baru teringin nak tampal di tempat selain buku.

Hari tu, Adam tampal di kerusi favourite Adam dan Aleesya. Kerusi biru yang menjadi rebutan. Kerusi ni jugalah yang Adam angkut ke dapur apabila nak jadi chef. 



Terbaru, di almari hiasan. Wooooooo~~~~ Nasib baik lah sticker ni jenis yang gemuk-gemuk senang tanggal. Sticker yang gliter tu. Fuhhhh... kuis sikit je dah tanggal dah. Selamat almari.

Tapi... ada masalah baru. Nampak Aleesya menempel di situ. Aiii... ada port baru ke? Wahhhh... rupa-rupanya si adik mengumpil sticker untuk dikunyah! Baru je tadi di kemas di sapu rumah ni. Rasa tiada apa yang boleh dikutip di atas lantai. Rupanya, dia tarik sticker-sticker abang dan kunyah.

Hmmm... kena tanggal la sticker tu. 

Maharaja Lawak Yang Baru

Dulu, Adam gelarkan dirinya Maharaja Lawak. Kenapa? Adam ni periang dan suka buat lawak. Tengok sahaja gambar-gambar Adam dalam blog ni. Kalau Adam ready, memang suka buat muka yang bukan-bukan!

Sekarang, dah ada penyandang baru. Aleesya si baby! Nama je baby, tapi, nampak gaya lebih ceria dan lebih kelakar lagi! Pantang ada peluang, aiii... ada sahaja gelagat yang mencuit hati.

Aleesya akan ulang apa yang dia buat, jika dia rasa kami tak nampak. Dia sengaja menunggu gelak tawa pecah, dan gelak bersama. Wahhh... cuba gabung abang dan adik, ceria rumah!

Seronoknya bila ada anak kecil ni. Berbaloi-baloi dengan masa, tenaga dan wang yang dilaburkan. Hilang la kejap segala penat dengan telatah anak yang menghiburkan!

Topi Baru

Lama tak menggunting-gunting. Hari tu, terpegang gunting. Ohoooo... statement terpegang! Aishhh... nampak kekok je Adam menggunting. Kekok! Macam tak biasa menggunting je!

Apabila Adam menggunting bulatan, owhhhh... bersegi-segi! Tak smooth!

Ehhhh... kena praktis lebih la macam ni. Mama tak prepare apa-apa untuk Adam. Nak menggunting kosong, macam bosan pula. Masuk stor, haaa... ada paper plate. Tapi yang fancy dah habis. Ada yang medium size, plain. Memang bukan saiz kepala Adam ni. Adik boleh la.

" Adam nak tak buat topi macam Adam buat dulu? ".

" Nak! Nak ".

Ok. Adam ikut je arahan mama. Melipat-lipat dan menggunting lurus. Untuk hiasan, terpulang kepada Adam untuk menggunakan warna pensel, air, crayon atau magic. Adam pilih magic.

Inilah prosesnya.



Hasil akhir, di atas kepala Aleesya. Haaa... bersepah mainan dan buku dikerjakan Aleesya. Nak kena train Aleesya mengemas ni!



Happy nya Aleesya menggayakan topi abang buat! Terkekek-kekek Aleesya ketawa. Amboi adik!!! Sukanya dia!

Aleesya Bergendang

Anak dara seorang ni, selera makan boleh tahan. Semua benda nak! Semua benda sedap! Ahaaa... Lagi pula ada dua batang gigi - senang nak makan berbanding orang yang tak ada gigi! Weee~~~

Gendang? Ye. Aleesya bergendang! Ini biskut favourite mama dan Adam. Dan... sekarang, Aleesya tumpang sekaki. Ini biskut kegemaran kami bertiga. Macam-macam biskut dibeli, yang ini wajib ada. 

Mama dengar bunyi. Bunyi orang bergendang. Ingatkan Adam yang bergendang. Rupa-rupanya, Aleesya yang sedang sibuk bergendang. Amboi!!! Sakan bergendang. Happy sungguh. Tersengih-sengih menepuk tupperware. Guna dua belah tangan tu!

Tak apa la Aleesya. Janji Aleesya happy. Bila adik happy, kami semua pun happy!

Mata Abang Adam Bengkak

Tamat sudah exam Adam hari ini. Huuuu... exam tadika mengambil masa seminggu lebih - dianjak ke minggu ini ( Isnin ) kerana menggantikan cuti Deepavali.

Hari pertama - ketiga, Adam demam. Hari terakhir pula sakit mata. Banyak dugaan betul exam kali ini. Tapi, abang Adam kata dia boleh buat, tak apa lah. Buat la ikut yang terdaya.

Owh... Adam dapat buat sedikit sahaja paper hari ini. Kenapa? Kerana Adam dikuarantinkan oleh teacher. Mata Adam bengkak! 

Teacher called mama bagitau keadaan Adam. So, mama bergegas balik untuk bawa Adam ke klinik. Ya! Memang bengkak teruk mata Adam. Kata doctor, mata Adam bengkak kerana alergi. Atau digigit semut. Ianya tidak berjangkit.

Di rumah, selepas makan ubat alergi, Adam tidur. Lama juga Adam tidur. Berjam-jam! Padahal Adam biasanya tidak tidur di siang hari.

Sebaik bangun dari tidur, mama check mata Adam lagi. Ye. Masih bengkak. Tapi tidak seteruk tadi.

Ingatan Takut Lupa

Rajin Adam tulis nota. Semenjak dua menjak ni, selalulah bernota-nota. Hari tu Adam kasi nota cinta untuk mama. Haaaa... Yang ini nota untuk diri sendiri.

Kami berjalan-jalan di mall sambil bergembira. Tapi di tangan Adam ada kertas. 

" Apa tu Adam? ".

" Owhhh... ni untuk Adam. Takut Adam lupa ".

Kisahnya, memang setiap kali ke mall, Adam akan bermain game. Tak pernah la lupa! Biasanya selepas makan-makan, memang tempat game la kami tuju.

Ini notanya. 



Kata Adam, " Kita kan tunggu wan dan Hanif datang sekali. Adam takut nanti Adam happy-happy main dengan Hanif sampai lupa nak main shoot-shoot ".

Owhhhh.... alkisahnya! Jangan risau. Mama dan papa kan ada untuk ingatkan Adam. Tapi, baguslah. Ada effort untuk mengingatkan diri sendiri. Agaknya kalau Adam ada telephone, mesti dah set reminder tu!

Ladybird Di Punggung

Awalnya dua beradik bangun. Pukul 5 dah segar-bugar. Adam seawal pagi dah bermain. Sama juga dengan si baby Aleesya. Bila bangunnya awal, makan dan mandi juga awal!


Haaaa.... Adam buka drawer tempat dia simpan segala kad yang dikumpul. Banyak! Album dah penuh. Banyak yang disusun dan ikat getah sahaja, menunggu album baru dibeli untuk disusun. Biasanya, Adam suka belek-belek kad kuasa dia. Satu persatu diteliti. Kali ini, Adam ada pembantu!


Dah lama rumah tak ada baby. Bila ada baby ni, sekelip mata je ruang tamu menjadi dilanda garuda. Padahal, baby nya seorang sahaja! Hihihi. 


Bukan setakat nak tolong susun, Aleesya nak panjat masuk ke dalam drawer abang sekali!

Menu Makanan Baby Setahun


Si comel mama sudah sihat. Yeay!!! Makan sudah kembali banyak. Berselera Aleesya makan. Menu makan ringkas. Ye.... untuk Aleesya menunya ringkas-ringkas sahaja.

Menu pada hari ini : bubur oat nasi. Tetiba nak share resepi.

Tumiskan rempah empat sekawan di dalam olive oil.
Masukkan sedikit air.
Masukkan ubi kentang yang telah didadu.
Masukkan sedikit isi ayam yang telah dicincang.
Masukkan celery yang dihiris halus.
Masukkan sedikit tomato yang didadu.
Masukkan sedikit beras dan oat.
Masukkan juga suhun yang dipotong pendek.

Bahan perasa, mama masukkan bilis yang digoreng tanpa minyak yang telah dikisar halus.

Makanan baby ni senang. Campak-campak sahaja. Mama pun suka! Hihihi...

Untuk Aleesya, mama tak pernah blend dari dulu. Beras dimasak lama, ia cukup lembut. Hanya perlu lenyek sedikit dengan sudu. 

Masa baby dulu, mama tapiskan dengan penapis teh. Lenyek pada tapis. Hihihi. Lebih senang mencuci tapis dari mencuci blender!

Tambah Tolak Tambah Tolak

Tambah senang je kot. Walaupun kesilapan berlaku, aktiviti penambahan adalah aktiviti yang paling mudah. Kalau tak nak tersilap, kena berhati-hati!

Aktiviti penolakan yang melibatkan nombor besar, nampaknya agak sukar. Bukan bentuk lazim kerana penolakan bentuk lazim Adam belum belajar. Kononnya nak suruh Adam melakukan congak mudah di kepala. Tapi... Adam mengira.

Nak ajar cara mudah aktiviti penolakan. Kalau ada konsep yang boleh semuanya menjadi mudah. Nampak gaya kena cari cikgu matematik ni. Atau boleh ambil tuisyen dengan grandfather wan? Hahahaha. Grandfather wan dulunya adalah cikgu matematik. Dulu mama belajar dengan wan. Mana-mana topik yang selalu mama keliru dan susah nak hafal formula, wan ajarkan mama untuk melihat logiknya. Logik itulah yang mama pakai jika susah nak menjawab soalan.

Hmmm... berpuluh tahun wan tinggalkan sekolah. Boleh tak ajar Adam tuisyen?

Mencuci Telur

Adam mula menunjukkan minat ke dapur. Ye. Kalau ada yang masuk ke dapur, Adam pun sibuk juga.

" Boleh Adam buat ni? ".
" Apa yang Adam boleh tolong? ".
" Adam nak tolong ".

Sebenarnya bukan hanya di dapur. Nampak kain baju pun, sibuk nak tolong lipat. 

" Jom kita lipat baju "

Part melipat baju ni, Aleesya pun suka tolong. Kena cepat simpan baju yang telah dilipat. Kalau tidak, nanti Aleesya kirai! Hihihihi. Dah boleh diharap Adam melipat baju sendiri. Kemas. Baju saiz besar, belum boleh lagi. Tapi Adam nak melipat sama-sama. Supaya cepat siap. Lipat sorang-sorang, tak boleh katanya.

Semalam Adam mencuci telur ayam. Telur yang dibeli, dicuci terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Alhamdulillah. Dah boleh harap. Telur bersih dan tidak pecah. Tq Adam. Memang bagus la abang ni. 

Hadiah Buku Untuk Darjah Satu Daripada Wan

Hari tu ada minta wan kumpulkan silibus semua subjek tahun satu. Dengan contoh soalan exam sekolah jika ada. Haaaa... bukan nak jadi cikgu, saja nak tau apa silibus Adam bila masuk darjah 1 nanti. Jangan tak tau... silibus Aleesya di nursery pun mama tengok :)

Silibus darjah 1 kebanyakannya mama dah dapatkan secara online.

Agak-agak nak buat apa ye? Saja. Preparation untuk tahun depan. Sekurang-kurangnya tau la apa nak di expect. Apa Adam dah belajar, apa yang belum. Level mana Adam sepatutnya dah tau. 

Ni ha buku-bukunya : bahasa Melayu dan English.



Ini pula soalan exam BM tahun 1. Kata wan, dia belum sempat kumpulkan semuanya. Ok. Nampak dah. Ada soalan direct dan ada soalan yang memaksa budak untuk berfikir. Bak kata wan, darjah 1 pun ada soalan aras tinggi.




Nanti wan kasi lagi. Tq wan! Nanti kalau ada, wan kasi ye. 

Jom Bersantai Menikmati Alam Semulajadi

Sesekali berseronok di taman seronok juga. Cuma kami datang sekejap sahaja. Tak sempat pun untuk Adam main di playground. Intai-intai dan beri ikan makan, kemudian kami ke destinasi seterusnya. 




Cantikkan pemandangan di sini? Subhanallah. Memang tenang dan damai. Nampak reflection pada air!

Kalau dulu-dulu, ke sini untuk jogging, atau bawa Adam main di taman. Paling tak, berbasikal di sini. Kononnya tunggu Aleesya besar sikit baru nak di bawa Aleesya ke mari. Padahal, anak dah setahun. Kiranya, dah boleh la kan! 




Adam buat apa di sini? Menikmati pemandangan indah dan beri ikan makan! Wahhh!!! 



Apa dalam tupperware tu? Nasi lemak ayam. Mama dan papa dah makan di rumah. Kami ke tasik untuk pujuk Aleesya makan. Aleesya tak lalu makan akibat demam. Terus Adam pun nak breakfast di tasik.