Perkembangan Aleesya - 3 Bulan


Yeay!  Si bam-bam mama genap 3 bulan hari ni. Uishhhh... pejam celik dah 3 bulan! Cepat sungguh masa berlalu. Tahun baru nak menjelma, owhhhh.... dah nak kena masuk kerja. Nak tambah cuti lagi... belum mampu la pulak =)

Usia 3 bulan.... apa ye Aleesya dah pandai buat? 

Lebih kurang 2 bulan kot. Tapi, lebih elok la kan. Buih-buih kat mulut tak buat dah. Bosan kot. Hihihi. Mengagah makin kuat. Suka sangat tengok luar kalau keluar. Tak de nya nak tidur sangat. Mata tengah syok explore sini-sana.

Sekarang ni, bila tidur ke, baring ke, kejap aja posisi kepala di atas bantal. Dalam beberapa minit, kepala dah beralih. Aktif bergerak-gerak ni. Ada sekali tu, masa tidur malam. Tetiba dengar Aleesya menangis. Rupanya, laju mengayuh, kaki dah sentuh kepala katil. Rajin exercise ni!

Pegang barang, belum boleh lagi. Takat tarik rambut mama, boleh la. Itu pun, baru sekali. Bukan la tarik, pegang. Pegang napkin, boleh la. Bagi mainan untuk pegang, belum pandai lagi. Hahaha... mama dia baru je bukak sarung tangan ni haaaa...

Owhhh. Aleesya dah pandai jelir lidah!

Meniarap belum boleh lagi. Seronoknya update perkembangan baby =)

Berat sekarang : 6.3kg

2 comments:

  1. Makin comel aleesya ni..mmg seronok tgok perkembangan anak depan mata..nk naik kerja tu la yg paling berat hati...:)

    mama lmbt sgt bukakkan sarung tgn aleesya tu..Afia 3 bulan dh expert pegang segala benda. Dalam pantang pun jarang ibu pakaikan sarung tangan.ibu saja nak bagi dia praktis menggenggam n memegang.hakhak..

    ReplyDelete
  2. comelnyer si bam bam ni...adelya tua sebulan dr aleesya ye...bestnya nti msk sekolah sama2...hehehe

    ReplyDelete