Mengumpul Lemak

Kami berempat masih di kampung. Kerjanya makan tidur, makan, tidur lagi. Memang misi mengumpulkan lemak. Itu untuk mak bapak. Untuk anak, mungkin misi menguruskan badan. 

Bila berkumpul ramai, kalori yang dibakar jauh melebihi pengambilan makanan. Bangun pagi-pagi terus main sampai tengah malam. Berkali tukar baju pun, tetap basah dan busuk dengan peluh. Seronok gamaknya bila ramai kawan. 

Aishhhh... itu budak-budak. Untuk mak budak ni, kalau berat badan tak naik pun, dah kira untung. Makan memang tak bersekat langsung. Macam magic, teringin nak makan, muncul depan mata.

Mimpi yang buang 8kg? Masih on! Tapi belum start lagi. Nak start bila naik kerja nanti - huhuhuhu. Positif! 8kg boleh turun!

5 comments:

  1. Balik kampung mana tu? Seronokla Adam dan Aleesya ya.. lepas kenduri pun lepak2 lagi di kampung..

    Tanda2 bahagia tu... 8 kg..turun slow2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami balik ke kota bharu. Adam la seronok. Aleesya belum tau pape lagi =)
      Ngeri dengar 8kg. Hihihihi

      Delete
  2. 8kilo je mama...apedehal sangat. lain laaa mak ni haa....hehehehe jom fit next year!

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya kurangkan 8kg,akak ni kena tambah kg sikit sbb tak sesuai dgn ketinggian...dah mcm bini popeye lak org ckp

    ReplyDelete