Jom Menambah-Nambah


Lamanya tak membuat latihan matematik. Jom berlatih. Lama-lama nanti takut berkarat. Walaupun buatnya sekali sekala je semenjak setahun ni ( setahun??? ), kena juga jenguk walaupun sipi-sipi. Sayang kalau kita dah start awal tapi tak tamatkan sampai hujung.

Kali ini,  kira guna stick. Batang aiskrim. Fuhhh... lega. Tak membazir. MA beli batang aiskrim ni untuk buat aktiviti kraf dengan Adam. Masa mengandung konon takde mood, sekarang pula tengah busy dengan adik yang suka menempek. Hihihi - create la banyak-banyak alasan :p

Kadan-kadang, sehari boleh buat satu muka surat. Kadang-kadang,  sehari hanya mampu siapkan satu soalan. Syukur lah. Berbanding berbulan-bulan satu soalab pun tidak dibuat. Aha!


Sementara abang sibuk mengira sambil mengintai tv, ada lah seorang yang tengah syok goyang kaki. Adik teman abang study di dalam mimpi =)

3 comments:

  1. Khusyuk ke Adam mengira dengan adik ada kat sebelah tu? Haa. Best dia ...ada mama yang rajin..

    ReplyDelete
  2. rajin adam buat kira-kira...aleesya sedap tido ye sambil tunggu abg..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Mujurlah Adik enak dibuai mimpi sementara Abang sibuk mengira. Kalau tidak, dah tentu Abang dan Adik main bersama-sama ajelah.

    ReplyDelete