Gelagat Yang Besar Dan Yang Kecil


Adam super duper sensitif! Baru dua - tiga hari, tapi rasanya ini petanda bahaya. Kami di rumah memang tak perlu marahkan Adam. Setakat ini, teguran secara baik sudah memadai. Dipukul memang tak pernah. Tapi sekarang ni super duper sensitif. Teguran biasa, " Jangan buat macam tu ", sudah boleh membuatkan mata Adam bergenang. Alahai...

Kami biasa meluahkan apa yang dirasai. Apabila nampak mata Adam bergenang, kami tanya. Jawapan ringkas Adam, " Adam kena marah. Adik tak kena pun ". Ouchhh! 

" Suara mama tinggi ke slow? ". 

" Slow ".

" Ada kena pukul? ".

" Tak ada ".

" Dah tu.... jangan la sedih. Nanti adik besar, kalau adik buat salah, adik pun kena tegur. Lagi la kesian adik. Adam ni, mama dan papa je tegur. Adik nanti, mama, papa ngan Adam sekali tegur dia ".

Alhamdulillah,  makan pujuk. Kembali ceria macam biasa. Tapi, sudah dua kali macam ni. Walaupun terjadi apabila Adam ditegur, takut juga kiranya Adam terasa hati. Kalau tak ditegur,  tak boleh. Mesti tegur juga jika silap. Owhhh... nampaknya kena lebih berlembut. MA plan untuk tunjukkan kepada Adam, banyak kelebihan Adam berbanding adik. Contohnya baju kat atas tu - adik pakai baju Adam je. Mana beli sangat baju untuk adik. Kita recycle je baju abang. Belum naik kerja, tapi dah plan untuk ambil cuti. Hihihi. Nak hantar adik ke nursery dan mama berjalan berdua dengan Adam. Kesian juga. Adik asyik bertempek dengan mama. Bukan lama pun, sehari je. Tapi mama plan supaya ia boleh menjadi rutin - ameen!

4 comments:

  1. Diorang mula faham keadaan... aritu saya pun ada situasi yang sama.naim mengusik adik.. saya tegur sikit dia tak endah.. mula jadi cikgu.. dia buat muka sdih dan ada keluarkan ayat " mama ni, nak marah je".. sentap.

    Pendekatan lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan... Dia dah lama merasa jadi anak tunggal. Tetiba ada adik. Tapi, nasib baik la adam sayang kat adik

      Delete
  2. sama je situasi kita ni, adam akak pun sama la, ditegur dgn lembut pun sedih kdg2 sampai menangis,klu papa dia marah lg la..dtg dekat mama mengadu papa marah abg..adoiii mama pun rasa nak menitik airmata ni.
    bila terpuji adik pandai,abg pun pandang minta dipuji juga, jd kena la puji dua2 kalu nak memuji tu...susah jg tp perlu berusaha utk anak2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... saya mmg puji abang je. Abg lagi bagus dr adik. Tapi, abg nya pulak puji adik. Dia kata, adik lagi baik dr dia.

      So far, adam ok je. Cuma hari tu tegur sbb dia buat silap. Time tu la meragam nya. Sedih bergenang air mata.

      Delete