Adik Abang


Ini aje la pose Aleesya buat masa ni - terbaring atau dalam stroller. Nak ambil gambar duduk ke, berdiri ke, tak dapat la. Hahaha.

Nampak tangan comel tu?  Haaaa... itu la pose favorite sekarang ni. Kuat pulak tu bunyi nya. Kalau bulan puasa dengar bunyi macam tu, memang terliur! Macam sedap aje dia menghisap sarung tangan tu. 

Si abang tak boleh nak berenggang dari adik. Mengekor ke sana ke mari. Ok la. Nanti boleh jadi bodyguard adik ok? Sesama menjaga satu sama lain tau!

Aktiviti wajib hujung minggu - family time. Aktiviti wajib Adam pula, kecoh terangkan nama tempat, apa yang best etc. Maklumlah... banyak lagi tempat adik belum sampai. Tiap minggu berjalan ke tempat lain-lain. Itupun, dah siap planning dah sampai umur adik tujuh bulan. Cuba teka? Nak bawa adik pergi zoo. Hihi...

4 comments:

  1. Wah..aleesya dah sampai ke zoo...best ke tadi? Bagus betul Abang Adam ni.. tunjuk bakat jaga adik.

    ReplyDelete
  2. wah..bagusnya abg adam nih,mmg bole jd bodyguard adik la ni

    ReplyDelete
  3. Sayang betul Abang Adam kat adiknya ni. Baguslah Adam ni. So ni dah complete a happy family boleh gi outing sama-sama.

    ReplyDelete
  4. nmpk adam syg betul dengan adik...klu pegi zoo lg byk la celoteh adam ke adik

    ReplyDelete