Adam Demam


Abang Adam demam. Sebelum concert tadika lagi dah menampakkan tanda - mata bertahi. Tanda panas dalam. Jadinya, suruh Adam minum banyak air. Vitamin C pun ambil daily. Nasib la Adam nak minum air masak.

Risau! Dulu Adam kerap sangat demam. Bila demam, suhu sangat tinggi. Mesti atas 39°C. Ngeri. Dah la panas, lama pulak tu. 

Sebenarnya, dah lama Adam tak demam. Berbulan-bulan. Kalau dulu, tiap bulan demam. Huhuhu. Syukur Alhamdulillah =)

Sesekali, selsema menjengah juga. Apa lagi, daily dosage chewable vita C tu, makan 2 biji - sebiji siang dan sebiji malam. Nak kuatkan imunisasi Adam la kan. Selain berdoa jangan la Adam demam, apa lagi boleh dibuat? Banyakkan minum air dan makan vitamin yang MA buat.

Lepas concert tadika, demam. Nasib baik la lepas concert. Kalau tak, kesian Adam tak dapat join. Demam kali ini berbeza. Memang panas, tapi dua hari dah baik. Lega... kebiasaanya, Adam kalau demam mesti 5-6 hari. Anak orang lain mungkin jarang demam, Adam selalu demam. Kasihan kecik-kecik dah disumbat pelbagai antibiotik. Ilmu kurang kan. Dulu tak tau beza antara vitamin semulajadi dengan sintetik. Beli saja. Tak tau pula kepentingan supplement untuk anak-anak yang senang jatuh sakit. 

Dulu, doktor siap buat blood test kat Adam. Ke test apa ye? Lupa. Tujuannya untuk tengok kadar antibodi dalam badan Adam. Sebab kerap sangat demam. Sebulan sampai 2 kali - setiap bulan. Bayangkan kalau sebulan ada 4 minggu - 2 minggu sihat, 2 minggu demam. Hati siapa tak sebak. Tapi, result doktor - Adam sihat,  normal. Alhamdulillah. 

Start dari situ la... MA bagi supplement kepada Adam. Memula bagi scott emulsion - tiada perubahan. Bagi Appeton - masih sama. Tukar kepada blackmores - yeay! Kurang demam. Add on madu - semakin jarang demam. Sekarang, untuk vitamin, hanya chewable vita c 100mg shaklee. Masih berpuas hati dengan jenama famous amos ni =)

Kenapa tukar brand? Sebab ianya adalah vitamin semulajadi. Takkan mak dah bertukar makan vitamin semulajadi,  anak masih yang sintetik... semua beralih arah la. Bertukar kepada yang lebih baik, insya Allah. 

2 comments:

  1. bagus la klu serasi dengan adam..selalu demam risau la kan walau doktor kata sihat..semoga adam terus sihat..cpt sembuh!

    ReplyDelete