Abang Yang Manja


Abang yang sorang ni, memang ligat otaknya. Pantang hari minggu memang telah bersusun dalam kepala nak ke mana. Ada sahaja tempat nak dituju. Pelbagai juga menu di dalam kepala.

Syukur Alhamdulillah, Adam dikurniakan kesihatan yang baik. Tahun 2013, boleh dikatakan kesihatan Adam amat baik.  Syukur.

Dalam keterujaan mendapatkan adik untuk bermain bersama, nampak sangat kegembiraan Adam menyambut kelahiran adiknya. Sesekali anak merajuk dan merasa tergugat dengan kehadiran ahli baru adalah perkara biasa. Nasib baiklah segala rasa ketidakpuasan hati diutarakan. Dapatlah kami berusaha memperbaiki diri dan membendung perasaan tersebut. Yang penting, sayang kepada adik, tidak mengurangkan kasih-sayang kepada Adam. Walaupun perhatian nampaknya lebih kepada si kecil, nampaknya Adam juga suka melibatkan dirinya. Memang nampak, Adam sedang berusaha mengambil perhatian. Bukan dengan rajuk berpanjangan - tapi dengan menawarkan khidmat bantuan. Suka menolong. Insya allah, cara Adam memang berkesan.

3 comments:

  1. Baguslah kalau begitu. Sama macam abang di rumah ni. Dulu kuat merajuk juga kata orang tak sayang dia lagi. Tapi kini, selalu aje nak protect adiknya yang dah mula 'mengganas'.

    ReplyDelete