Si Comel Saya Dan Ex-Si Comel Saya


Dua di atas adalah si comel saya. Errr... sorang je si comel saya. Sorang lagi ex-comel, sebab dah besar. Sekarang memegang title si hensem saya.

Masa ni sedang bersiap untuk outing pertama kami. Yeay! Rasa macam nak pergi jalan-jalan. Maka berjalan la kami berempat. =)

Entry saya selalunya pendek-pendek kan. Kali ni, saya cuba untuk panjangkan sedikit. Sedikit la... 

Nak cerita pasal si abang. Excited!  Abang exicited dari mula saya memberitahu nak ikut abang dan papa keluar hari ini. Gembira kerana ini first time si adik akan keluar rumah selain episod berulang ke hospital =)

" Cepat mandikan adik. Kesian dia kalau dia busuk ". Arahan simple supaya adik dimandikan awal.

Abang Adam tolong membawakan beg adik. Urghhh... lupa nak snap gambar. Sangat stylo cara abang pegang beg adik. Hahaha. 

Mulut abang yang peramah ni macam popcorn. Sepanjang jalan bercerita kepada adiknya.

" Ini kita nak pergi jalan. Pergi kedai tau adik. Kedai tu tempat beli barang ". Dia pun explain la apa itu kedai... apa yang dijual di kedai...

" Alamak! Abang tak tahu la kita kat mana ni. Macam mana ni adik? Adik jangan takut. Abang gurau aje. Nama tempat ni **** ".

Boleh bayangkan tak keterujaan anak bujang ni? Setiap satu benda nak diterangkan pada adiknya. 

Bila mata adik ala-ala kuyu...

" Tidur kejap ye adik. Nanti mata adik segar ".

Bila adik berbunyi sikit...

" Kasilah breastmilk kat adik. Kesian adik lapar ".

Pot pet pot pet. Muka manis sepanjang hari. Tersenyum je abang. Kalau ditanya, jawapannya dia happy sebab nak bawa adik keluar berjalan. Seronoknya abang nak tunjuk dunia pada adiknya. Tu baru nak tunjuk je tu. Belum time membeli barang adik. Kalau boleh semua nak diborongnya. Macam preparation masa nak menyambut kelahiran adik dulu =)

Tq abang Adam sebab rajin tolong mama jaga adik. Kalau di rumah pun sama. Sibuk nak bercerita dengan adik. Kalau adik berbunyi, dia yang lari dulu untuk jenguk adik. Kalau adik tidur, di cium-cium adik.

Mama tau abang sayang sangat pada adik. Mama pun sayang abang dan adik =)

6 comments:

  1. Keluarga bahagia..snggah pepg ke sini..:)

    ReplyDelete
  2. boleh bayangkan..betapa bahagianya adam ada adik

    ReplyDelete
  3. Tahniah, bulat matanya... take care.

    ReplyDelete
  4. selamat berouting...jangan lupa ambil gambar famili...blh buat kenangan nanti

    ReplyDelete
  5. Excitednya si Adam dapat bawa adik jalan-jalan ye. Untung adik ada Abang Adam yang prihatin :D

    ReplyDelete
  6. abang adam sgt sweet..syg betulnye dengan adik dia.becuk sungguh bercerita n kenalkn duna dekat adik dia tu..

    aleesya dh makin comel.abang adam menten hensem..:)

    ReplyDelete