Mengeja

Si abang bangun awal dari  biasa. Bangun mandi dan tiba-tiba muncul dengan buku free dari KFC ni. Apa dia nak buat eh?


Lorrr... rupa-rupanya, nak study katanya. Bawa buku ni, serupa la bawa kertas kosong dan pen. Apa yang nak di study kan? Berbulan tak update pasal study kan? Sebab tak study pun. Main game aje. Sukanya bila Adam kata nak study!

Nak main eja-eja rupanya. Haaa... mama sebut, Adam tulis.


Yang atas tu, lulus la kan. Water di eja " water ". Yang bawah tu, bukanlah gagal. Cuma salah je... Mirror dieja " mire ". Hahaha...

Adam ni, kalau salah macam stress je. Padahal, tak de pun nak marah. Puas terangkan kat dia, mula-mula memang kurang pandai. Kalau practice selalu, pandai la... 

Selalu mama bagi contoh berjalan dengan bercakap.  Contoh senang. Tak de nya lahir terus berjalan. Dah besar pun, boleh jatuh bila jalan. Bila kita bagi contoh macam ni, nampak Adam lega sikit. Tapi lepas tu, kalau silap lagi, kerut di dahi tu, bukan main lagi!

6 comments:

  1. baguih adam ni..nampak serius je nak study kan

    ReplyDelete
  2. nampak kesungguhan dya tuh.. lepas nih bila besar silap sikit mesti risau habis punya..=D

    ReplyDelete
  3. Amboi rajinnya adam.. bangun pagi terus belajar ye.. jadi contoh yang baik utk adik ni..

    ReplyDelete
  4. Baguslah anak suka main tetiba nak ajak kita study sama-sama :D Alahai, Adam baru 5 tahun dah berkerut kalau salah aje. Rileks ler sayang ooi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tengok...yang tua-tua ni pun kadang-kadang salah eja. Nak tulis 'eja' tertulis 'aje' pulak!

      Delete
  5. rajin adam ada usaha nk belajar mengeja..kerajinan tu penting.hehe

    ReplyDelete