Hadiah Aleesya Hilang

Balik dari hospital semalam, jiran datang melawat. Jiran paling dekat. Walaupun berjiran, hakikat hidup di sini memang jarang nampak masing-masing. Kalau bukan sengaja pergi ke rumah jiran, sepanjang tahun la tak bersua muka.

Hihihi... sebab tu la kadang-kadang ehhh silap, sesekali ding dong bell rumah jiran-jiran. Hulur la kuih ke, ikan ke. Kalau MA hulur, biasa wan atau anti yang buat. Order je... kasi rasa kat jiran-jiran. Nak pergi berbual, memang tidak la kan... sekurang-kurangnya, masa memberi tu dapat bersua muka dan bertukar senyuman, cukuplah.

Akak ni semalam datang dengan dua hadiah. Lepas berbual-bual, minum dia pun nak balik la kan. MA bukakan pintu.

Masuk rumah, cari la hadiah tadi. Ehhh... tak ada! Tengok ruang tamu, tak ada. Tengok ruang makan, tak ada. Aikkkk??? Tak kan anak akak tu ambil balik kot. Hihihi. Akak tu bawa anak kecik.

Last sekali tanya Adam yang tengah rilex layan youtube.

" Nampak tak hadiah adik ? ".

" Adam dah simpan kat tempat hadiah ".

Lorrr... baru teringat. Anak akak tu letak hadiah, Adam terus capai. Ingat nak tengok je... rupanya terus simpan!

Inilah.... Adam memang diajar supaya barang jangan disepahkan. So far, barang-Barang dia memang dia simpan dan jaga. Memang cermat. Tapi... tak tunggu tetamu balik terus kemas ye... mama tak sempat tengok pun hadiah apa yang diberi.

Pandai anak mama. Rajin-rajin tolong mama tau.

8 comments:

  1. hehe.. bgus la adam..dah ada disiplin sjk kecik ni.. nanti bila besar, mesti rmh n bilik dia sntiasa kemas & pndai simpan barang..

    ReplyDelete
  2. hehe..terus simpan yer...sampai kan mama pun xsempat tengok..hihi...klakar =)

    ReplyDelete
  3. waa..bagusla adam..ada disiplin sjk kecik..nanti mesti bila besar sgt pengemas org nyer n pndai jaga barang

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Zaman sekarang kalau tak sungguh memanglah tak kenal jiran sebelah menyebelah. Masing-masing katanya sibuk,kan. Baguslah Adam pandai menyimpan elok-elok segala barang. Nanti kalau ada barang yang hilang dalam rumah, mesti nak tanya si Adam dulu nampaknya :D

    ReplyDelete
  5. pasal jiran tu ok jugak jumpa mau senyum even tak bertegur sapa..ada yg muncung je bertentang mata pun buat derk.haha..

    bagus adam,pandai dia kemas barang.sekali dengan barang adik dia tolong kemaskan..:)

    ReplyDelete
  6. bagus sikap adam
    tapi mamanya pula yg fenin hihi

    ReplyDelete