Alahai Sarung Tangan

Ada kisah lucu dengan sarung tangan aka mittens ni. Masa pas mittens and booties kat anti dulu, MA kena perli. " I dah asingkan dah. Yang elok, macam baru tak pernah pakai ada 40 pasang. You beli stok tak payah basuh sebulan ke? ". Ye... memang banyak. Sebeban. Yang nampak dah berpakai pula,  entah berapa pasang. Tak masuk yang tak cukup pasangan. Hahahaha...

Kesnya macam ni la.... tengok gambar eh.


Mana tak banyak belinya. Pakai dua tiga kali dah tak muat. Beli lagi... tak muat lagi...

Tengok Aleesya kat atas. Saiznya sama ada ketat atau longgar. Pergelangan tangan dan kaki besar ok. Yang atas tu, obviously besar. Tertanggal atas muka. Time sibuk agah mama dan abang, mitten tertanggal atas muka. Ya Allah! Gelak besar kami.

Aleesya tengah giat hisap jari. Sehari entah berapa pasang di tukar. Habis dah yang saiz ngam-ngam adik =)

Last weekend,  beli sepasang. Nampak macam ngam. Nasib baik kali ni wrappers mama simpan. Tak muat! Berbekas kaki dan tangan. Ok, terus pack elok-elok. Kita boleh hadiahkan kepada sapa-sapa yang baru dapat baby. 

Belajar dari pengalaman la ni. Selalu MA sampai rumah akan terus kutip barang baru beli dan basuh. Packaging terus buang. Jadi, bila jadi kes tak muat, malu la nak hadiahkan kat orang. Time tu, cucu wan Adam sorang je. Kalau tak, bagi adik beradik, memang tak malu la. 

Sabar ye adik. Esok kita shopping la yang cantik sepasang dua yang baru =)

6 comments:

  1. suka hisap jari juga ye...alolo cutenyer tgk gambar aleesya ni

    ReplyDelete
  2. Haa.. patutla ada stok banyak.. takpelah..boleh simpan utk anak ke 3 pulak

    ReplyDelete
  3. Banyaknya stok.. tapi yang tak jumpa pasangan tu selalu juga terjadi kat saya. Entahlah mengapa..padahal basuh baju baby sikit punya asing berbanding pakaian yang lain. Asyik aje MIA mittens ni semua. Kecik sangat kot, mata tak nampak :D

    ReplyDelete
  4. takpebyk stok bley buat amal jariah..afia sincebaby mmg sgt jarang pakai sarung tgn..pastu terus tak pakai..sarung kaki lepas 3 bulan dh tak pakai.hehe

    ReplyDelete