Abang Adam Semakin Berat

Lately, selera makan abang Adam semakin baik. Dulu, biasa sahaja jika 3-4 hari tak makan nasi. Adam makan roti dan biskut. Sekarang ni, hari-hari nak nasi. Bukan sahaja setiap hari,  asal di tanya nak makan apa, dia jawab nasi! Alamak!!!!

Semalam pagi-pagi, bangun seperti biasa, Adam on game dulu. Kejapppp lepas tu, dengar suara dia menjerit.

" Adam lapar. Tolong suap nasi. Adam nak main game ".

Alkisahnya, nasi dah di letak. Tunggu masak aje. Tapi, lauk? Belum masak. Ye la. Selalu pagi-pagi, mana Adam nak makan. Kami dah breakfast roti bakar.

" Kejap ye... baru nak masak ".

Tetiba, Adam datang.

" Nak roti la ".

Roti sandwich Adam kureng sikit. Roti yang dia makan - roti jagung, roti butter atau roti sardin. Kebetulan stok habis!

" Tak apa lah. Adam makan biskut dulu ".

Ambil bekas biskut Julies,  makan sambil main game. 

Goreng ayam sikit. Masak sayur. Terus suap Adam makan. Banyak juga makannya. Terus otak berfikir, apa Adam makan malam tadi - roti sosej dan nasi goreng. Tengah malam dia makan apple dan minum milo.

Anak tak nak makan, memang risau kan kita ni. Tapi, bila anak makan banyak macam ni, tengah malam pun nak makan, kami tetap risau. Risau pulak nanti Adam gemuk. Opppsss...

Alhamdulillah. Berat Adam dah naik 3kg. Masih lagi kurus.... boleh main gitar dengan tulang rusuknya. Kalau ditambah beberapa kilogram lagi, mesti handsome.

Kenapa selera makan Adam naik? Mama bagi Chewable Vita - C Shaklee 100mg.  Setiap hari sebiji. Bukan tak pernah bagi supplemen sebelum ni. Adam sentiasa ada bekalan vitamin c atau multivitamin. Cuma brand lain. Yang ini mungkin lebih serasi untuk Adam.

Satu botol ada 90 biji. Cukup la untuk makan 3 bulan. Tapi, sebab vitamin c , ni kan larut air... asal nampak Adam macam kurang sihat, mama akan tambah dos. Tak bahaya pun. Kalau terlebih, nanti akan dibuang melalui air kencing.  Lagi pula semalam ada parents kata anak dia kena demam campak. Ishhhh... pulaj tu ramai yang demam di tadika. Ya Allah, lindungilah anak bujang seorang ni.

Lepas ni, vitamin c shaklee ni, tak nak kasi hari-hari. Maybe selang dua - tiga hari sekali. Bukan kedekut... barang baik kan... tapi,  takut pula kalau Adam obese. Kesian dia nanti. Dalam family, ramai juga yang sedang membesar bagai johan.

--
Ida
Shaklee Independent Distributor id : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

5 comments:

  1. ooo..bagus juga vitamin c ni.. saya ada lagi yg dibeli masa nazif kecil.. elok tak lagi? yg beli awal bln 1? nak bagi naim la..mmg xnak makan dia ni

    ReplyDelete
  2. time Adam tengah berselera nih bagi sahaja dia makan...=)

    ReplyDelete
  3. adam tgh selera penangan Shaklee..bagus la anak makan..kita ni mak2 anak tak nak mkn pun risau..anak selera sgt pun risau kan..aiman punya vit c sebotol nak tamat tempoh tak mkn2..ye la tanpa supplemen pun selera..tu yg ibu malas nk bg tu..:)

    ReplyDelete
  4. wah bagus adam...takpe2 jgn risau...bagi jek adam makan...lagi pun budak tgk melasak ni cepat jek terbakar balik apeyg die makan kan.....

    skrang mmg musim campak...kat opis lieya ni pun ramai parents dok el sbb anak campak....hope adam tak kena lah...

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Kalau anak tak makan, kita risau. Anak terlebih makan pun, kita risau juga. Macam si Abang tu tak kuat makan tapi badan tetap mantap. Tapi lately pun tetiba nafsu makannya membuak-buak. Lapar aje memanjang. Bila check buku rekod sekolah, rupanya berat badan Abang tak naik-naik pun dari awal tahun hinggalah sekarang.

    ReplyDelete