Perkembangan Aleesya Pada Usia Sebulan


Pada usia sebulan ni, Aleesya semakin mesra. Hahaha. Baby zaman ni kan... awal-awal lagi dah buka mata, kepala dah boleh angkat sikit-sikit, senyum manis pun boleh.

Kalau dulu,  senyuman tu senyum tanpa sebab. Tetiba tersenyum. Sekarang barulah pandai guna otot muka dengan betul - senyum apabila nama dipanggil.

Kaki dan tangan yang kuat tu, memang biasa digunakan. Menggapai dan menendang. Boleh genggam tangan kita bila dihulur. 

Setakat ni, itu sahajalah. Cuma sesekali, terdengar suara macam mengagah. Rasanya, masih secara tak sengaja. Tak sabar nak dengar suara Aleesya meng agah orang. Selain suara tangisan la kan.

Haa... bila nak nangis, memula dada berombak-ombak. Lepas tu, muka merah. Baru keluar suara ala-ala manja. Tapi, sesekali keluar juga suara macam kena cubit.

Bau? Masih bau baby. Kami suka cium bertalu-talu. Aleesya pun suka dicium bertalu.  Senyum aje.

Mandi - happy! Tak nangis pun.

MA ada rekod suara abang Adam menangis dulu. Sayangnya tak buat backup. Sd card rosak bersama kenangan kami. Jadi, suara Aleesya, MA nak upload di sini. Inipun backup juga kan =)

Berat : 4.2kg
Tinggi : 63cm

10 comments:

  1. Comelnya. Rambut lebat..pipi bolat.

    ReplyDelete
  2. Wah..pandainya aleesya .... dah cam orang di sekelilig dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cam org. Tp, dia tau la kot mana dia aleesya. Tu dok senyum2 tu

      Delete
  3. bolat bolat pipi
    senyum
    nak amek gambar ni

    ReplyDelete
  4. rambut tu remuih lebat,comel.bijak aleesya dah pandai macam2 ye padahal baru sebulan melhat dunia,baby zaman skang mm cerdik

    ReplyDelete
  5. Lebatnya rambut Aleesya. Mesti nak disimpan semua kenangan ni. Bila mereka dah besar nanti bolehlah sesekali kita mengimbau kenangan membesarkan mereka, kan. The best moment in life rasanya.

    ReplyDelete
  6. Bila nak buat blog my-aleesya pulak? Huhu

    ReplyDelete