Apa Itu CTG

Apa itu ctg? Ctg atau Cardiotocography adalah satu prosedur biasa bagi ibu-ibu yang hampir melahirkan. Secara ringkasnya, sepasang alat atau radar dipasang di perut ibu dalam jangka masa 45 minit atau lebih untuk mengambil bacaan degupan jantung baby dan juga mengesan kontraksi. 

Ctg penting untuk mengesan degupan jantung baby. Semasa proses kelahiran Adam dulu,  kadar degupan jantung baby yang semakin perlahan lah yang membuatkan doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan secara emergency.  Kadar kontraksi berlaku terlalu kuat dan pantas pada waktu itu.

Melahirkan Aleesya, kontraksi kuat dirasakan semasa drive kereta menuju ke hospital. Kebetulan jalan pula jam. Hihihi. Tapi, sebaik sampai di hospital, tak terasa dah kontraksinya. 


Haaa... itu yang sambil ber ctg, boleh lagi sibuk mengambil gambar. Ni la mesinnya.




Haaa... ini pula bacaan nya. Yang atas adalah degupan jantung Aleesya. Yang bawah pula adalah contraction level. Mendatar je. Maknanya time ni tak ada rasa kontraksi pun.


Masa ni, MA ke hospital sebab darah dah turun. Ikut pengalaman lepas, tiga hari baru bersalin. Sempat pergi makan kambing golek dan nasi arab keesokan harinya. Lega. Memang nak makan sangat-sangat ♥

8 comments:

  1. setiap kelahiran anak tak sama kan..borin kan bila tggu alat ni pasang,kemain lama kt perut.MA siap ambil gmbar,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa... dari terbaring je. Tangan bz la mencari kerja <3

      Delete
  2. tq for sharing.
    rezeki... smpat gak mkn apa y dhajati tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebarang menu tau. Makan di kenduri kawan. Nyummeh!

      Delete
  3. As Salam MA,
    Rasanya belum terlewat untuk ucapkan tahniah diatas kelahiran ur princess..
    MA take care dan slmt berpantang yer..

    ReplyDelete
  4. Wow sakit sakit pun still boley drive. Klw sy x leh buat apa dah klw sakit. Ermmm dah 4 tahun berlalu. Dok dlm lab room ni la paling boring. Sy pun jenis lambat nk bersalin. 24 jam lebih sakit baru deliver. Tu yg takut nk beranak lg. hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakitnya x teruk sgt. Kena teruskan. Xkan nk berenti tepi. Bahaya

      Delete