Adam Dan Aleesya - Day 1



Abang Adam masa baru lahir. Proses kelahiran yang berbeza. Adam lahir thru csec. Kisahnya, ada dicoretkan di sini. Tak sangka, anak yang kecil ni dah besar. Lima tahun berlalu. Tapi, Adam kekal sebagai anak manja mama. Cuma, sekarang, Adam bukan lagi baby. Ada adik dah =)

Pink ok kain bedung Adam. Barang Adam memang banyak yang kaler pink. MA beli je asal cantik. Tidak percaya pink for girls or blue for boys. Asalkan boys jangan dipakaikan renda-renda sudah!



Inilah Aleesya. Pada hari pertama juga. Lebih chubby muka dia berbanding Adam. Proses kelahiran secara normal Aleesya ada di sini. Muka day 1 ni, mirip kepada Adam semasa besar. Or, senang cakap, muka MA la. Setelah beberapa hari ni, muka dah berubah. Mix la kot muka mama dan papa =)

Muka siapa pun tak kisah. Yang penting, sayang-sayang mama ni sihat ok! Seronok bila Adam hari-hari teruja nak main dengan adiknya.

Owh... lain kali, nak cerita beza bersalin c-sec dengan normal ni. Pengalaman sendiri la. Lain orang, lain kan =)

5 comments:

  1. comei... salam ziarah dari mamamyja.. rerajin singgah la blog mamamyja eh.. tq
    mamamyja.com

    ReplyDelete
  2. allhamdulilah dpt sepasang..dua2 comeii..;) slm kenal..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan tahniah ye ;D

    ReplyDelete
  4. MA cepat la stori mori. i dah xsabar niiiii

    ReplyDelete
  5. MA dh rasa dua2 kan..cerita tau,share pengalaman..sy tunggu!hehe..

    adam n aleesya dua2 pun comel..:)

    ReplyDelete