Soalan Paling Susah Daripada Adam

Adam budak aktif yang tidak tidur di siang hari. Jadi, apabila hari yang padat sangat, bila malam tentulah cepat letih. Tidur awal memang tak nak la kan.

Jadi, apabila dah terlalu letih dan penat, mood pun lari. Niat hati nak main lagi. Tapi, nak fikir apa nak main pun... otak dah jam. Keluarlah soalan yang sangat menakutkan ini :

" Papa, mainan apa kita boleh main dua orang tapi Adam tak penat? ".

Susah tau soalan ni. Sehingga kini masih tiada jawapan yang memuaskan hati. Walaupun soalan ni jarang-jarang muncul,  ia sangat menakutkan. Sebab, semua jawapan akan di reject.  Sudahnya, Adam akan merajuk dan berkemungkinan akan menangis.

Soalan ni mungkin hanya satu cara atau penyebab. Mungkin dia stress sebab malam masih muda. Rugi kalau letih dan tertidur awal. Sebenarnya memang nak nangis kan... =)

5 comments:

  1. haha lawak adam ni..tp budak2 macam tu la peelnya..tak reti letih,siang malam main..tp aiman ni nasiblah dh train hari skol tido awal..hari cuti je bg chance tido lmbat,sementara nk tain tu mmg kita kena tido sekali dengan dia,klu dh jadikan amalan mesti boleh..:)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mmg ssh.. kalau salah jawab alamatnya kene pujuk smpai ke pagi la... haha.. adoiiila adam.. bijaknye... cari alasan takmau tidur ke?

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha. Budak budak selalu mcm tu kan.

    ReplyDelete