Rempah Mandi Jamu Mak Dara


Beli rempah mandi jamu mak dara ni. Bukan lah dalam bentuk uncang, tapi daun-daun kering. Mahal ooo daun kering ni. Rm30 tu. Ingat dalam RM20 ke...

Dulu, tak berpantang pun. Tak de la nak berbengkung, tungku, tangas ke urut. Semua takde. Lepas habis pantang baru la nak berurut dan bertungku. Bengkung, memang tak pakai la. Bukan la moden... sebab operate, semuanya tak berani nak dibuat.

Ok, rempah mandi ni keluaran Jamu Mak Dara. Bukan lah prefer mana-mana brand, cuma kebetulan hanya brand ini sahaja yang dijual di kedai tadi.

Khasiatnya - hangatkan tubuh dan singkir sel-sel mati, buang angin badan, elak angin memasuki liang badan, segar kan tubuh, hilangkan bau badan dan pudarkan kesan hitam di kulit.

Harap-harap, wangi dan segarlah badan nanti.

No comments:

Post a Comment