Rahsia Terbongkar - Gaya Adam Study

Kadang ada juga yang bertanya. Macam mana nak ajar anak? Tak susah ke? Kan selalu anak ni, bukan nak belajar dengan parents sendiri. Nak main aje.

Dulu-dulu, rajin la juga mengajar di rumah. Tapi, sejak-sejak mengandung ni, memang kurang. Macam tak de je. Malas nak ajar. Cuma syukur la di penghujung ni, mood tu datang balik.

Ok. Ini lah rahsianya saya mengajar. Bukan ada rotan atau apa pun kat tangan. Cuma, kena la cuba buat aktiviti tu seronok sikit. Walaupun kita cuba berseronok, kadang-kadang, cuma mampu bertahan 5 minit je. Nasib baik, dapat la 15 minit.

Tapi, 5 minit yang berterusan tu la yang rasanya berkesan. Sekarang, memang up la.... tak de dah 5 minit. 15 minit dah cukup lama. Kecuali kalau Adam buat aktiviti seni - lama la sikit. 15 minit untuk belajar membaca, rasanya dah cukup lama.

Ni gambar minggu ni. Semasa aktiviti membaca Peter and Jane 1 (c). Nampak tempat study? Atas tilam berguling-guling. Layankan aje. Kita bukan dalam kelas. Asalkan Adam nak study, kadang-kadang, 15 minit tu hanya dalam perjalanan balik rumah je. Dalam kereta. Janji ada masa yang memang khas untuk kami berdua.


Memang tak de istilah paksa. Kalau nak buat sambil makan pun boleh. Janji dua-dua kena ceria. Bila anak ceria, esoknya, dia sendiri nak sambung belajar lagi =)


Kena sabar - 15 minit yang termasuk aktiviti berguling, berlawak dan sebagainya. 


Nanti adik keluar, abang pulak ye ajar adik =)

3 comments:

  1. Boleh amik contoh cara MA ni... sesuai dengan usia adam tu...

    Makin tak sabar nak bersalin ye...

    ReplyDelete
  2. hehe..kena bagi sronok belajar nih..jgn teruk2 sgt nnti tak best

    ReplyDelete
  3. bila adam ceria,mama pun ceria..:)

    ReplyDelete