Peter And Jane Vs Read Easy

Jika ada yang mengikuti, untuk BM, Adam belajar guna Bacalah Anakku ( di rumah ). Untuk English pula, ada dua buku utama - Peter And Jane dan Read Easy.

Sebenarnya, guna apa buku pun sama sahaja. Matlamatnya, supaya anak boleh membaca. Tak mau stress-stress, santai sahaja. Kalau stress, nanti fobia pula anak nak bergurukan emaknya =) Santai sangat kot, sampai tak bergerak-gerak. 

Read Easy menggunakan kaedah phonic. Sama macam Bacalah Anakku. Peter And Jane pula menggunakan kaedah sight word. Lebih kurang macam Dolch Sight Word juga. Iaitu, perkataan-perkataan yang susah untuk dibunyikan, anak akan hafal sahaja. Macam ajar anak membaca guna flashcard la kaedahnya. Tapi, mana-mana perkataan yang boleh anak bunyikan, memang Adam disuruh bunyikan sendiri. Bila boleh buat sendiri, anak akan lebih bersemangat tau. 

Masa mula-mula perkenalkan Peter And Jane, memang parents kena bersabar la. Sebab, bukunya bergambar. Kadang-kadang, anak main sebut je berdasarkan gambar. Tak apa la... enjoy sahaja. Bukan ada exam nak di kejar kan? Lama-lama, anak akan pandai. 

Setiap sesi, jangan lama-lama. Kalau dapat 15 minit sehari, sudah cukup la. Anak kecil ni busy, macam-macam benda lain lagi nak dibuatnya selain terpaksa belajar membaca =)

Satu buku pun, tak perlu lama-lama. Perkataan yang sama akan diulang-ulang berkali-kali di dalam buku yang lain. Hanya baca dengan gembira. Sedar-sedar, anak dah pandai membaca.

Adam memang tak sabar nak master English ni. Tau kenapa? Dia kan information seeker. Susah la nak cari information kalau tak faham English.

2 comments:

  1. Seronok saya baca entrty pasal MA mengajar Adam membaca ni.. selalu saya terbayangkan kesabaran MA semasa sesi tu.... insha Allah Adam nanti membesar jadi anak yang pintar....

    ReplyDelete