Penyumbang Kepada Kenaikan Berat Badan Yang Mendadak

Selera makan cukup baik. Semua benda sedap aje di mulut. Nasi panas dengan telur mata kerbau pun, boleh makan bertambah.

Belum lagi dengan sesi jamuan raya dan rumah terbuka. Jika tiada rumah terbuka pun, bersepah kedai yang sedia membukakan pintu seluas-luasnya.

Ini antara penyumbangnya. Hampir setiap minggu, makan beriani. Wahhh... dengan kandungan minyak sapinya...


Itu makanan berat. Yang ringan-ringan pun tak terlepas dari mulut. Semuanya sedap. Sampai tengok diri sendiri pun... haaaa... besarnya. Kali ini sudah lebih 3 kg dari berat sebelum bersalin yang dulu. Tapi, sekarang ni belum bersalin lagi.

Kalau berat tak turun, memang merana badan! Insya Allah berat akan turun kembali. Cuma cepat atau lambat. Dulu, sebulan juga terpaksa pakai baju besar sebelum berat turun kembali ke asal. Harap-harap, kali ini pun berat boleh turun semula.

No comments:

Post a Comment