Meneran Semasa Bersalin

Meneran semasa bersalin.  Kalau orang kata macam teran air besar, saya kata, air besar tak perlu teran-teran macam tu. Bukannya ada sembelit pun. Hihihi...

Rasanya yang penting semasa meneran adalah pernafasan. Ini doctor ajar ye dalam labour room.

Tarik nafas sepanjang yang boleh dan tahan nafas. Owh lupa... posisi kedudukan adalah duduk. Kaki dikangkangkan. Tangan memegang dua buku lali. Pegang kuat. Kepala tunduk dengan dagu menyentuh ke dada. Bila rasa sakit tu datang, push sekuat hati. Agak-agak nafas tak cukup, hembus dan tarik nafas lagi cepat-cepat. Hold dan ulang step meneran. Dua kali ulang ye. Maksudnya, buat 3 kali total.

Punggung maintain kejap di tilam ye. Jangan angkat! Huhu... nasib baik ingat sentiasa pasal punggung ni.

Macam apa ye? Teranan kali pertama akan menolak baby ke bawah. Tapi, ia perlukan satu lagi momentum untuk berada betul-betul bawah. Momentum terakhir diperlukan untuk tolak baby keluar.

Doc suruh curi nafas 3 kali. Saya curi 7 kali kot - lupa. Nafas pertama rasanya cukup panjang. 2 yang akhir, nafas dah tercungap-cungap. Tu yang laju-laju tambah lagi. Sebab rasa rugi pulak kalau tak tambah. Lagipun, doctor kata kepala baby dah nampak besar di bawah.

Hurmmmm... terasa baby keluar. Macam ada benda besar keluar dari tooot... Leganya perasaan bila dengar tangisan anak. Phewwww....

Er... baby zaman ni, waktu nk potong tali pusat memang dah buka mata ye? Mata melilau ke sini sana.

9 comments:

  1. baby zaman skrg bukan mcm dulu.. teringat dulu2 baby dh dkat umur seminggu kot baru bukak mata...

    ReplyDelete
  2. cara nk teran tu la macam buang air besar,mksudnya bukan sama teran macam berak,sbb meneran nk kluakan baby lg maha hebat la kan.huhu

    yup..org dulu2 org kata berhari2 baru baby nk bukak mata,masa afia,time letak atas dada kita dh terkebil2 bijik mata tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... doc asyik tanya " dh rasa mcm nak berak ke blom"
      Saya jawab " x de nak berak pun. Tp sakit sangat ".

      Rupa2nya, mmg dh fully open n rasa sakit tu la patutnya rasa nak berak. Huhuhu

      Delete
  3. baby zaman sekarang celik IT ...kehkeh

    ReplyDelete
  4. Wwah...pengalaman menarik.... tak dapat bayangkan sakit sebenarnya macam mana..tapi pastinya mengalami proses kelahiran normal tu satu pengalaman berharga

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Few. Doc kata minimal, tapi tetap scary =)

      Delete
  6. Detik detik terindah dalam hidup. Sy sempat 3 kali. Lega bila tgk bb depan mata.

    ReplyDelete