Insiden Ketika Sambutan Hari Jadi 5 Tahun Di Tadika

Sambutan hari jadi ke lima Adam sudah disambut awal. Tapi, sambutan di tadika baru di adakan semalam. Masa Adam dihantar ke tadika, pakaian yang dipakai dari rumah adalah baju Melayu. Maklumlah, temanya adalah hari raya. Syawal esok baru tamat kan.

Majlis bermula tengah hari. Sementara itu, rutin harian diteruskan. Papa kerja dan mama ke klinik. Time lunch, kami muncul.

Ehhhh.... Adam sudah bertukar baju.

" Mana baju Melayu Adam? ".

" Kawan Adam muntah. Terkena baju Adam ".

Owh... patutlah....

Jika bukan kerana tema sambutan raya, sebenarnya, Adam dah ada plan nak pakai baju apa. Siap dengan bow lagi. Hihihi... hasrat tidak kesampaian. 

3 comments:

  1. alahai kesian adam..dh hensem bergaya berbaju melayu kawan pula muntah..takpe adam tahun depan masih ada.bley jer berbow..:)

    ReplyDelete
  2. kesian Adam jadi mangsa muntah kawannya...huhu

    ReplyDelete