Hantu Masuk

Semalam, entah apa yang tak kena. Anak bujang saya tiba-tiba merajuk dan menangis. Menangis beria-ia sambil melompat-lompat. Tak tau la apa puncanya. Lama tu, tak la. Tapi, ada lah dalam 5-10 minit.

Pujuk pun tak layan.

Agak-agak dah reda tangisan, baru tanya.

" Kenapa nangis nak mengamuk tadi? ".

Haaa... tau apa jawapan dia?

" Hantu masuk ".

Jawapan ringkas menyelamatkan diri. Hurm... boleh terfikir nak jawab macam tu!

" Bukan baru lepas solat ke? ".

" Hantu masuk juga ".

Muka dah tak macam tadi. Back to normal. Ceria sesangat. Alahai anak... jangan la macam ni. Terkejut tau.

2 comments:

  1. betul ke hantu masuk ni?ke akal adam je.tp klu berlarutan bikin seriau gak.hehe

    ReplyDelete
  2. erk.. kalau mlm2 anak buah deno ckp mcm tu seriau jugak

    ReplyDelete