Bertungku Ketika Berpantang Bersalin


Masuk office hari ni nampak bunjut hijau atas meja. Wahhhh.... batu tungku sudah sampai! Dah lama tidak bersalin, batu tungku pun hilang. Yang ni, pinjam saja. Tq anti suzie =)


Inilah batunya. Tungku batu sungai. Yang paling best, batu ni ringan. Hihihihi... kalau berat, tak daya rasanya nak angkat. Setakat ni, semangat kuat lagi la kot. Paling-paling tidak pun, gunanya untuk diletakkan pada kaki. Supaya badan hangat. Kalau sejuk, boleh demam jawabnya!



Bila dibuka bunjut towel tu.... tu dia... daun mengkudu yang telah layu. Bau daun mengkudu yang dimakan kepanasan api ni, sedap ooo... Cara bertungku, memang tak tau la kan. Yang tau, cuma, panaskan dengan api slow, dan letak di tapak kaki. Itulah yang dibuat dulu. Bertungku dengan bidan masa bersalinkan Adam dulu, masa dah habis pantang. Jadinya, sebelum berbidan, tungku memang di tapak kaki sahaja lah. 

Agaknya, kalau letak di peha, bolehkah mengecutkan apa yang kembang disebabkan kenaikan berat badan yang mendadak ni? Maklumlah, bukan makan untuk berdua, tapi, macam makan untuk anak kembar berdozen =D



2 comments:

  1. Baiknya suzi bagi pinjam tungku. Saya pun pinjam juga, masa bersalin nazif hari tu.. Dah balik kg guna pula yang mak punya.. Tapi jenis yg berat....seronok masa bertungku, selalu saya terlena...

    ReplyDelete
  2. sy masa bersalin aiman duu tungku pinjam juga..pastu masa afia abah belikan,abah segan dh nk pinjam asal anak beranak je nak meminjam.hehe..tungku ni boleh letak seluruh badan..lepas bersalin dekat perut..ada caranya.baru2 tak boleh tungku seluruh perut..dh pantang 21 hari baru boleh...sy hari tu mak bidan yg ajarkan..klu tak main belasah je tungku ikut macam mak ajar.hehe

    ReplyDelete