Berdebar Menunggu Masa

Minggu 38. Uish... 2 minggu je lagi. Dah terasa mengahnya nak berjalan.

Duduk rumah, ok je. Duduk opis pun, ok. Tapi... menempuh perjalanan balik kerja tu memang berdebar-debar. Trafik yang memang sentiasa jam. Harapnya, jangan lah terasa sakit di kala menempuh jam. Haru....

Kalau minggu lepas, masih aktif ke sana-sini. Minggu ni dah terasa slownya. Boleh la setakat keluar beli barang. Nak berjalan-jalan, ishhh... tak larat rasanya.

Perut besar sangat. Kaki dah membengkak. Muka dan body pun montel. Sudah lebih 75kg ni. Lebih 5kg dari masa mengandungkan abang Adam. Hihihi...

Dalam pada berat tak naik dan asyik turun je, haaaa.... berat naik mencanak-canak semasa trimester ketiga. 

Jenuh la nak mengurus balik lepas ni. Hihihi. Semoga mama dan adik selamat dan sihat. Bab kurus tu, lepas pantang kita fikirkan =)

4 comments:

  1. haha... agaknya baby nak tunggu dulu ye...nak bagi peluang mama buat dulu kerja kerja yang belum siap sebelum bercuti panjang.... banyakkan doa ye

    ReplyDelete
  2. wahhh, nk dpt baby lagi. sy pulak teruja :D

    ReplyDelete
  3. baby lagi ke..hehe..nak baby nak babyyy..
    jaga diri ye mama baby ni

    ReplyDelete
  4. temister ketiga mmg berat mencanak naik kan sbb baby membesar dengan cepat..takpelah klu berat baru 75kg MA ni takdelah besar mana..ke rendah orgnya?hehe..nti dlm pantang mesti selim balik punya..hehe..

    ReplyDelete