Abang Excited Dapat Adik

Adam excited dapat adik. Memang jelas terpancar di wajah Adam betapa happynya dia dengan kehadiran Aleesya.

Dalam kegembiraan menerima ahli keluarga baru, kami tetap berhati-hati. Bimbang jika kehadiran ahli baru akan mengurangkan perhatian terhadap Adam. Kalau itu berlaku, risau pula perasaan excited bertukar menjadi cemburu.

Jadi sekarang, jika Aleesya menangis, kami katakan Aleesya nak abang dia. Asal Aleesya terpusing atau terbuat senyum, semuanya dikaitkan dengan Adam. Memang kembang kempis la si abang.

Rasanya, ini memang tindakan yang perlu sementara Adam menyesuaikan diri bahawa perhatian mama dan papa terbahagi dua. Bukan berkurang, tapi kini, anak mama dan papa dan ada 2 orang. Dua-dua kami sayang.

Adam pula memang tak sabar-sabar nak tunggu Aleesya membesar. Boleh main sama-sama =)

4 comments:

  1. hehe :) seronoknye..ermm betul tuh..nk tgk gmbr baby :) hehe

    ReplyDelete
  2. tahniah. selamat berpantang & bf baby :)
    seronoklah Adam dapat adik ye.

    ReplyDelete
  3. satu ketika mmg adam akan terasa,biasalah tu mula2 sementara nk biasakan diri..tp mama papa pandai handle oklah..:)

    ReplyDelete