Tips Anak Lebih Berkeyakinan

Pelukan setiap hari
Anak yang dipeluk dengan penuh kasih-sayang akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih baik daripada anak yang kurang mendapat pelukan. Jadi, jom peluk anak semasa dia sedar. Pelukan semasa anak tidur mungkin kurang keberkesanannya.

Pimpin tangan anak bila berjalan
Pegang tangan anak bila berjalan di luar. Mesti anak bangga dan terasa kasih-sayang kita.

Dengarlah mimpi ngeri mereka
Kadang-kala, anak mengalami mimpi ngeri. Dengarlah cerita mereka. Jangan dipotong. Bagi orang dewasa, ia memang mainan tidur, tapi, bagi anak, semuanya seolah-olah benar. Boleh tengok tips mengatasi mimpi ngeri anak.

Hargai usaha dan effort mereka
Walaupun sekadar meletakkan pinggan makan di atas sinki, ucapkan terima kasih. Bila usaha dihargai, mereka akan gembira untuk membantu.

Berikan goodnight kiss
Pastikan anak tidur dengan perasaan gembira. Jangan dibiarkan tidur dalam keadaan merajuk atau marah. Kerana memori itu akan tersimpan ke dalam ingatan luar sedar mereka untuk masa yang lama. 

Hargai mainan kesayangan anak
Apabila kita menghargai kesayangan anak, insya Allah anak akan turut menghargai dan turut menjaga kesayangan kita =)

2 comments:

  1. setuju dengan tips ni... tapi yang bab hargai maiann tu payah nak tgk naim buat, kita yang nak jaga tapi dia pula kejab je dah baraikan mainan dia

    ReplyDelete
  2. Insyaallah sedang mengamalkan semua yg diatas..:)

    ReplyDelete