Seronoknya Sudah Bulan Ogos

Adam menjerit keriangan bila tau dah masuk bulan Ogos. Gembiranya dia. Bukan happy nak raya, happy nak menyambut birthday papa. Dulu tak pernah ambil kisah pun birthday orang lain. Sekarang, dia yang paling happy.

Padahal, birthday Adam je yang disambut beria-ia. Birthday orang lain, cukup la ada kek sebiji. Nak kata jarang makan kek, selalu je papa belikan kek untuk kami. Mungkin suasana makan kek ramai-ramai yang ditunggu-tunggu.

Apa pun, seronok rasanya ada seorang budak yang menunggu-nunggu untuk menyambut hari jadi =)

1 comment: