Seronoknya Beraya

Seronoknya beraya. Terutamanya bagi budak kecil. Untuk Adam, keseronokan beraya bukan semata-mata pada kegembiraan mendapat duit raya. Juga bukan pada baju baru yang dibeli. Pemberian material kurang menyeronokkan.

Tapi, yang di tunggu pada setiap hari raya adalah peluang berkumpul beramai-ramai di kampung. Peluang berjumpa dengan kawan-kawan lebih kurang sebaya. Raya lah masanya untuk bermain sepuas-puasnya. Time ni, nak bersilat ke nak bertekak ke, semua boleh. Di rumah, nak bersilat, bertekak dengan siapa?

Raya kali ini, kesian juga pada Adam. Tiada kawan untuk bermain. Nasib la ada open house kawan-kawan, boleh juga tumpang bermain bersama.

Nanti bila-bila Asyraf ajak la mak datang rumah. Boleh main sama-sama lagi.




1 comment:

  1. betul tu raya ni la nak kumpul sanak sedara..takpe raya taun depan adam dh ada geng,bleh la lawan bersilat.hehe

    ReplyDelete