Saiz Baju Melayu Kanak-Kanak

Masa shopping baju raya untuk Adam pada hari raya yang lepas, tak sangka sungguh akan saiz baju Adam. Saiz baju Adam sudah berubah. Rasanya baru semalam mama lipat baju Melayu Adam saiz-saiz kecil yang comel. Sekarang, dah pakai saiz besar.

Sehari sebelum keluar shopping bersama Adam, sebenarnya sudah berkenan beberapa pasang baju Melayu. Cantik! Nasib baik la tak beli. Kalau tidak, terpaksa bersusah payah untuk menukar saiz pula.

Perasan anak masih kecil. Rupa-rupanya sudah besar dah anak manja mama ni. Nak jadi abang dah pun =)

4 comments:

  1. anak2 cpt membesar mmg kita tak sedar..kita yg makin tua dan makin berkedut ni pun jiwa sentiasa muda..tak sedar dh makin tua.hehe

    ReplyDelete
  2. nanti Adam sudah kena berkongsi kemanjaan sudah...:)

    ReplyDelete
  3. heheh...mesti hensem adam berpakaian lengkap baju melayu...ada sampin sekali dak

    ReplyDelete
  4. Cepat masa berlalu, kan? Nati dah besar lagi, macam mana pulak suasananya...

    ReplyDelete