Manisnya Mulut Adam

Berbuka semalam lauk ringkas sahaja. Tapi, MA makan bertambah-tambah. Terasa sedap pulak makan benda yang memang teringin nak di makan.

Menunya cuma ikan kembung masak lemak. Bukan lemak cili padi tau. Sebab, buat sambal cili padi asing. Kot-kot Adam nak makan ikan tu, tak ada lah pedas sangat.

Untuk Adam pula, hanya goreng ayam. Makan bersama sedikit rendang daging yang dibeli. Tak pastilah sedap ke tidak, mungkin kurang sedap rendang tu, sebab tidak disentuh oleh Adam.

" Mama, papa masak sedap. Tapi, kalau mama masak TERLALU sedap ".

Wahh.... manis sungguh mulut anak bujang ni. Selang berapa suap, memuji-muji. Hihihi... ini petua yang bagus untuk suruh wife sayang ni. Makan bertambah. Lepas makan, teringin pulak nak makan maggie.

" Maggie? Tunggu papa balik la... ".

Bukan tak nak buat, tapi kan, baru lepas makan nasi. Lagipun, maggie papa masak sedap. Dapat la tumpang sekaki =)

Papa balik, dimintanya pula maggie. Sesekali makan maggie sedap juga. Tapi, tak boleh selalu tau. Nanti, penat-penat belajar, tapi otak tak pandai. Hihihi....

3 comments:

  1. aiseh...xdapat lah auntie kalahkan mama cmni. sebab mama punya TERLALU sedap. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... anti sendiri pun sudah dengar kan mulut manis Adam =)

      Delete
    2. Hahaha... anti sendiri pun sudah dengar kan mulut manis Adam =)

      Delete