Kenaikan Berat Badan Yang Mendadak Di Trimester Ketiga

Berat badan naik mendadak... Naik 4 kg dalam masa sebulan. Sudah menjadi perhatian doktor la kan. Keseluruhan berat badan saya baru naik 7kg. Gulp.... tapi, 4kg yang gain dalam masa sebulan sahaja memang membimbangkan. Nak diet? Tidak la kan. Hb pun rendah je. Jadi, kena la makan =)

Makan memang seronok. Rasanya, kenaikan mendadak ini disumbangkan oleh beberapa bekas kuih raya yang telah dihabiskan. Juga coklat dan kek yang sedap dijamu. Nak kata makan banyak nasi, memang la makan banyak. Tapi, bukan makanan sihat yang menyumbang kenaikan mendadak ini.

Jadinya, kena berazam untuk diet secara sihat. Hanya perlu kurangkan makan kuih raya, coklat dan kek. Semoga berat maintain.

Sebagai hadiah di atas kenaikan berat badan melampau, checkup di kkia menjadi 2 kali seminggu. Tidak termasuk regular checkup di hospital dua minggu sekali. Semuanya hendak di monitor. Nasib baiklah kkia ni buka juga hari sabtu. Jadi, 1 kali checkup waktu bekerja dan satu lagi di hari Sabtu. Lega sikit.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Ameen!

4 comments:

  1. Wah, baby giat membesar tu nampaknya.... Best makan time pganant ni...

    ReplyDelete
  2. byk sgt mkn kuih raya n kek..takpe,jnji baby sihat..time pregnant la masa sesuai menikmati makan..

    ReplyDelete
  3. selera tengah ada tuh , makan ajer la...hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya dapat makan kuih raya..hehehe
    akak pun tak sabar nak makan kuih raya ni ha...

    insha Allah semoga dipermudahkan segala urusan ye..
    akak ni pun risau jg nak blk kg,ingat blk sekejep je la, mujur perjalanan blk kg amik masa 2 jam je, tu pun takut juga rasanya ni

    ReplyDelete